Posts

Showing posts with the label Asiah

Asiah the Birthday Girl

Image
Cerita 27hb Mac 2015. Hari jadi Asiah yang ke 6. Saya berjaya menyiapkan 25 kantung kecil manakala satu kantung besar memang stok sedia ada. Birthday girl and the gifts for her classmates. For the teacher Boleh klik di sini untuk gambar- gambar kantung kecil pelbagai warna. Cake of her favourite team. England. And keeper jersey as her wish.  Semoga membesar sebagai wanita solehah. 

Pilihan

Image
Pilihan yang diambil walaupun bertentangan dengan kemahuan diri pastinya menuntut komitmen yang tinggi. Hari ini saya memilih untuk menyahaktifkan akaun Facebook saya. Buat sementara waktu atau untuk selamanya? Biar masa menentukan. Ini merupakan projek saya sempena harijadi Asiah pada 27 Mac ni. Andai menjadi realiti saya nak siapkan kantung kecil berisi coklat untuk rakan sekelas Asiah.  Setakat ini saya dah buat beberapa kantung pelbagai warna.  Catatan perjalanan saya menghasilkan kantung kecil ada di sini . Jumpa lagi di entri seterusnya in sya Allah. 

Pistol Air

Image
Saya ke kedai dengan Asiah. Saya minta Asiah berjanji supaya tak mintak beli baran g. Sampai di kedai, Asiah merengek nak mintak belikan pistol air. Saya pujuk dan tuntut janji. Asiah tak peduli. Akhirnya saya mengalah. Saya bayar harga pistol air RM4 dengan geram. Marah saya sampai ke malam. Malas nak layan Asiah yang memujuk. Menggesel-geselkan badannya nak bermanja. Saya buat tak tau. Bila Asiah tidur, batuknya yang memang dari siang tadi dah ada, makin kuat. Saya rasa badannya, panas. Saya cari pistol air nya yang entah di mana tercampak lepas dia main tadi. Tak jumpa. Saya tanya Asiah. Dalam mengantuk dia tunjuk kat mana pistol tu. Di bawah lipatan sejadah. Saya ambil pistol air dan masukkan ke genggaman Asiah. Dia tersenyum. Katanya sebelum tidur semula, "Kan Adik dah cakap tadi. Ni pistol air". Sayu...  

Perception

Image
Assalamualaikum wb.. Logici Picollo keluaran Grolier. Beli lama dah tapi belum ada kesempatan nak buat bersama Asiah. Sebuah papan beserta butang pelbagai warna dan 20 set kad yang setiap set mengandungi lebih kurang 10 kad. 3 konsep yang ditekankan oleh permainan ini ialah Brain Development, English dan Mathematics. Untuk Asiah yang berusia 3 1/2 tahun, konsep yang paling sesuai ialah Brain Development. Setakat ni, Asiah paling seronok main cari dan suaikan gambar dan bayang mereka. Ia membina kemahiran membanding imej dan bayang serta mengaitkan kedua2 nya sebagai suatu yang sama dengan butang berwarna. Setiap kali berjaya, Asiah akan bersorak bangga. Anak, tiada yang lebih bermakna dari kalian membesar sebagai hamba Allah yang solehah. Ya Allah, jadikan mereka penyejuk mata kami. Ameen.

Sketsa Persoalan Tanpa Prejudis

Assalamualaikum wb... **************************************************** Sketsa 1: Soalan: Kenapa lelaki solat tak pakai telekung macam perempuan? Jawapan: Sebab kalau semua pakai telekung, nanti tak dapat nak bezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 7 tahun yang mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan. ******************************************************* Sketsa 2: Kenyataan: Nabi Adam AS tak baiklah sebab tindakannya melanggar perintah Allah menyebabkan kita tak berpeluang nak duduk kat syurga. Penjelasan spontan: Kerana Nabi Adam keluar dari syurgalah kita dilahirkan ke dunia dan berpeluang untuk merasai kehidupan di syurga kalau kita taat kepada Allah dan RasulNya. Kalau tak, hanya Nabi Adam dan isterinya sahaja yang akan menetap di Syurga selama- lamanya. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 10 tahun bertanya setelah mendengar satu program di radio IKIM mengenai Nabi Adam. ******************...

Langkah seterusnya

Image
Assalamualaikum.... Hari ni dah masuk hari ketiga Asiah mengunci mulutnya. Pagi ni Asiah dah mula nampak lemah. Dia dah tak selesa berbaring seperti biasa. Dia menelungkupkan mukanya di hujung sofa. Saya yang merancang nak turun ke pejabat terpaksa bertukar fikiran. Saya rasa kena ambil tindakan drastik untuk memastikan bahan yang lebih pekat dari susu masuk ke dalam badan Asiah. Saya keluarkan bubur nasi kosong dari peti sejuk dan masukkan ke dalam cawan yang selalu digunakan untuk Asiah minum susu. Saya campurkan dengan sedikit air panas dan lenyekkan sehingga cair seperti air kanji. Seperti biasa Asiah kunci mulutnya rapat2. Pada mulanya saya guna cara lembut. Saya pujuk dia untuk buka mulut sendiri tapi dia berkeras tak nak buka mulut langsung. Jadi, saya terpaksa main kasar. Kalau tidak, tak mustahil Asiah akan dirujuk ke hospital kalau dah terlalu lemah. Saya kuatkan hati dan sudukan sedikit bubur ke dalam mulutnya secara paksa. Bila saya tahan tangannya, Asiah dah dapat ...

Hfmd

Image
Assalamualaikum...... Saya dah dua hari tak ke pejabat sebab Maryam dan Asiah disahkan dijangkiti virus Hand Food and Mouth Disease. Maryam yang dah berusia 6 thn saya tak risau sangat sebab boleh faham konsep sakit. Asiah pula dah 2 hari tak nak makan. Sepanjang masa dia akan kunci mulutnya. Nak minum susu pun perlu pujuk betul2.

Anak dan ibu

Sebaik sahaja saya mengambil tempat di depan komputer, Asiah mula turun dari katil. Sebelum sempat saya menaip, dia mula merengek nak duduk sekali. Saya serba salah. Tak diikuti, dia akan menangis. Kalau saya ambik dia duduk sekali, sahlah saya tak dapat buat apa-apa. Nanti baru nak menaip, kursor dah lari ke mana. Saya tak tahu nak buat apa, cuma terdiam. Suami yang memerhati gelagat kami bersuara, " Awak kena tunggu anak dah besar nanti baru boleh menulis..." Ya ka?...

Asiah ke klinik

Image
Baru balik dari klinik. Doktor kata Asiah ada sikit2 kena lelah. Jadi, doktor bagi Asiah pasang nebulizer. Dia tanya ada ubat apa kat rumah. Saya ada beli ubat buang kahak dari farmasi. Nak sebut nama tak reti, saya sebut je warna hitam. Doktor kata "Eeehhh.. Jangan bagi budak ubat tu. Klinik saya memang tak bagi ubat tu kat budak". Saya ikut jer sebab dia pakar dalam bidang nih. Dalam Al-Qur'an pun kata yang kita kena ikut na sihat yang pakar... betul ke saya cakap ni?.. Nanti saya cuba cari ayat tu.. Doktor bagi sebotol ubat batuk, sebotol ubat buang kahak dan sebotol ubat selsema...Semua RM25.00 Balik dari klinik singgah kejap kat pasaraya kat sebelah klinik. Sebenarnya klinik tu yang menumpang bangunan pasaraya tu. Asiah terpaksa masuk dalam troli sebab dah besar tapi masih tak nak cuba jalan sendiri.

Asiah demam

Asiah demam dan batuk berkahak. Nampaknya hari ni kena ambik EL la.. Lagipun malam tadi tak dapat tidur sebab Asiah merengek sepanjang malam. Mungkin sukar bernafas. Kejap lagi nak bawak pegi klinik. Tak le lama sangat tunggu. Lagipun Asiah tengah nyenyak je tido. Siang ni panas sikit kot, jadi hidung tak la sumbat sangat. Selesa skit tido. Lagi pun, mama boleh la tenet kejap.

Asiah the Little Shaoli

Image

Asiah- Hari ke 25.

Image
Hari ini Asiah menjalani ujian darah yang kesekian kalinya kerana jaundice. Saya berasa sedikit kecewa kerana bacaannya naik semula kepada 11.2 selepas pada aras 10.9 pada ujian Jumaat lepas.  Disebabkan usia puteri kecil saya ini telah melepasi 20 hari, bacaan 10 ke atas dikategorikan sebagai prolonged jaundice yang memerlukan darah dan air kencingnya di ambil untuk pengesanan lanjut sebab jaundice nya terlalu lama.  Hati saya bagai diruntun apabila Asiah menangis kuat semasa pihak hospital mengeluarkan darah dari tangannya yang kecil. Ternyata jumlah darah yang diambil tidak banyak tetapi mungkin kerana tangannya yang kecil usaha itu saya rasa mengambil masa yang lama (walaupun pada hakikatnya hanya beberapa minit). Keputusan lanjut akan diketahui dalam masa dua minggu.  Pada masa yang sama saya dibekalkan dengan peralatan untuk mengambil kencing Asiah untuk pemeriksaan lanjut. Ia merupakan plastik kecil yang berlubang yang bertindak sebagai alat menampung kencing  yang kemudiannya a...

Asiah- Hari keempat belas.

Hari ini Asiah Nur Annisaa telah berusia 14 hari. Alhamdulillah, Asiah tidak banyak karenah. Cuma "kuning" yang dikesan semasa Asiah berusia 4 hari masih belum banyak turunnya. Pertama kali dikesan bacaannya adalah 8. Dua hari kemudian ia naik kepada 12.2. Doktor menasihatkan Asiah diberikan susu ibu sepenuhnya. 2 hari seterusnya bacaannya kuningnya turun kepada 11.7. Asiah anak dara saya ni. kalau dah tidur, sukar untuk dikejutkan untk menyusu. Justeru bacaan seterusnya kembali menaik kepada 12 semula. Perkara ini saya maklumkan kepada Doktor dan dinasihatkan untuk memastikan Asiah menyusu sekerap yang mungkin. Pagi tadi Alhamdulillah bacaan menurun kepada 11.5. SEkarang saya lebih prihatin untuk memastikan Asiah menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Semoga kuning Asiah akan turun dengan segera, Insya'Allah. Nampaknya sekarang saya perlu mengejutkan Asiah. Dia pun dah mula merengek. Salam...