Posts

Showing posts with the label Mari bermain bahasa

Saya tak tahu makna ni..

Perkataan Bahasa Melayu yang saya tak tahu maknanya.. Ehh.. Kitakan ke orang Melayu.. Ada ke perkataan yang kita tak tahu lagi?.. Ada...... Banyak pulak tu..... Mari kita tengok sama2 ya.. 1. Tukas (Selalu jumpa dalam novel/ cerpen) 2. Ngarai (dengar dalam Segemen Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi) 3. Gesit (selalu jumpa dalam novel/ cerpen) 4. Rabut (terjumpa dalam antologi cerpen Fatimah Busu yang baru hari tu) 5. kelarai (sama macam 4 di atas) Salam.. Layan...

Suka yang ni

Pada saat ini saya suka perkataan ni: Persis Melirik Melarik Merentas Meredah Saya tak ada sebab tertentu kenapa tiba-tiba je rasa tertarik nak catat perkataan-perkataan tu kat blog ni. Cuma kadang-kadang kita tersedar betapa masih banyak perkataan di dalam bahasa Melayu yang kita kurang mahiri. Dan sebenarnya bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain untuk memenuhi kehendak penulisan kita. Hanya kita yang kurang menguasai perbendaharaan kata yang sedia ada. Renung-renungkan... nota: Saya pautkan setiap perkataan ke laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP .

Lets Speak Sarawak Malay Language

Want to learn how to speak Sarawak Malay Language? Lets start: 1. What is your name? Malay: Siapa nama awak? Sarawak Malay: Sapa nama kitak? You= Awak= Kitak 2. My name is Maryam Malay: Nama saya Maryam Sarawak Malay: Nama kamek Maryam I= Saya= Kamek 3. I want a plate Malay: Saya mahu sebiji pinggan Sarawak Malay: Kamek nak tapak sigek Plate= Pinggan= Tapak a= sebiji= sigek getting harder?.. Lets try one more 4. What are you doing ?. Malay: Awak buat apa tu? Sarawak Malay: Apa polah kitak? doing= buat= polah nota pemblog: Terfikir nak buat ni bila dengar segmen baru "Belajar Bahasa" kat Ikim.FM sebelum Buletin Pagi pukul 8 pagi. Layan....

Dailog

Mari kita bermain bahasa.. Kita buat dailog nak.. Cuba kita tengok bagaimana penggunaan dailog yang sama boleh menggambarkan perasaan yang berbeza: " Saya sayang awak", Kita sambung melalui pelbagai cara yang berbeza: ================================================== 1. "Saya sayang awak" , bisik Aina lemah. Kolam matanya berkaca. Wajah ceria Haziq semasa majlis persandingan mereka ditatap tanpa berkelip. Tiba-tiba Aina menjerit. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik yang masih menyimpan seri pengantin. Serentak bunyi kaca pecah berbaur. ================================================== 2. "Saya sayang awak" , suara Raisya tersekat-sekat. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Azlan. Perlahan-lahan kelopak mata Azlan terbuka. Pandangannya sayu menyapu seluruh wajah bujur Raisya. Cepat-cepat Raisya menyapu air mata yang membasahi pipinya yang kian pucat. =================================================== 3. "Saya sayang awak", Hairi menyembuny...