Rojak dan Rumahtangga
Menurut rakan blog saya Sakinah , dia suka blog yang berkonsep pelbagai genre/ rojak semasa memberi komen mengenai entri saya yang berkisar mengenai konsep/ tema blog. Ting... Terus keluar imej mentol dari kepala saya. Rojak... Hmm.... Rojak memang sedap. Kenapa rojak sedap? Kalau perhatikan, kita pernah makan pelbagai jenis rojak.. Di antaranya ialah Rojak buah atau rojak Cina dan Rojak India atau Rojak Singapore (Pun dikenali sebagai pasemboq, kan..). Ada lagi tak rojak lain... Kalau rojak buah, bahan2 wajibnya ialah hirisan sengkuang, mentimun, nenas (yummy), keledek dan digaul dengan pitis. Kalau ada wajib, adalah sunatnya dak.. Bahan2 yang sunat/ afdal pulak ialah mangga, jambu air, jambu batu, dan apa2 jer yang nak dimasukkan. Jangan lupa dengan cili kering tumbuk dan kacang. Rojak Pasemboq pulak ada tauhu goreng, cucoq, sengkuang dan mentimun. Versi special pulak ada ayam goreng. Rojak pasemboq digaul dengan kuahnya yang tersendiri (tak tau nak cakap lah tu)... Benda alah yang ...