Posts

Showing posts with the label syurgaku...

Sketsa Persoalan Tanpa Prejudis

Assalamualaikum wb... **************************************************** Sketsa 1: Soalan: Kenapa lelaki solat tak pakai telekung macam perempuan? Jawapan: Sebab kalau semua pakai telekung, nanti tak dapat nak bezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 7 tahun yang mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan. ******************************************************* Sketsa 2: Kenyataan: Nabi Adam AS tak baiklah sebab tindakannya melanggar perintah Allah menyebabkan kita tak berpeluang nak duduk kat syurga. Penjelasan spontan: Kerana Nabi Adam keluar dari syurgalah kita dilahirkan ke dunia dan berpeluang untuk merasai kehidupan di syurga kalau kita taat kepada Allah dan RasulNya. Kalau tak, hanya Nabi Adam dan isterinya sahaja yang akan menetap di Syurga selama- lamanya. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 10 tahun bertanya setelah mendengar satu program di radio IKIM mengenai Nabi Adam. ******************...

asiah n maryam the birthday girl

Image

Puteri tengah yang bertuah...

Image
Syarifah Maryam Insyirah merupakan puteri kedua kami. Bakal berusia 4 tahun 15 Julai depan, dia semakin petah dan ceria. Walaupun sudah lebih 3 bulan menjejaki alam persekolahan, sampai hari ini Maryam masih lagi menitiskan air mata setiap kali hendak turun ke sekolah. Puteri kedua kami ini dimasyhurkan sempena nama Siti Maryam ibu kepada Nabi Isa (a.s) yang sabar dalam menempuh pelbagai ujian dari Allah. Pada masa yang sama, Maryam dan Insyirah juga merupakan dua surah di dalam Al-Qur'an. Semoga Maryam Insyirah akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan, Insya'Allah.

Selamat datang puteriku...

Image
Hari ini genap 6 hari usia Syarifah Asiah Nur Annisaa. Tangisan pertamanya menyapa mama dan abah tepat pukul 7.53 pagi Jumaat, 27 Mac 2009. Puteri ketiga kami ini dimasyhurkan sempena nama Asiah permaisuri Mesir yang amat berani dan tegas hatta berhadapan dengan Raja Fir'aun yang zalim. Nur Annisaa pula adalah bersempena nama surah di dalam Al Qur'an yang memuliakan golongan wanita. Semoga Asiah Nur Annisaa akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang menjadi kebanggaan mama dan abah, Insya'Allah... Walau Sekadar Nama Asiah Nur Annisa salammu kusambut moga cekalmu sekukuh wanita syurga menaungi bayi Musa dari kezaliman dunia Muhammad Dhuha walau masih terlalu asing ku panggilmu cahaya pagi yang memancarkan rezeki pada mereka yang mencari Walau kalian hadir hanya sekadar nama kutunggu tibamu bersama doa... (Karya pemblog sendiri dipetik dari laman Kapasitor) 2008-08-14 14:30:18