Posts

Showing posts with the label ebay

E-Bay

Salam 7 RabiulAwwal 1432H. Semalam saya merayau2 kat ebay. Tiba2 terjumpa satu barang nih, yang memang saya cari kat kedai tapi tak jumpa... Saya ada jugak jenguk2 kedai online tapi harganya kira boleh tahan lah jugak... Yang buat saya tak boleh tahan tu, boleh dia letak harga barang tu tak sampai 1USD. Tapi kos penghantaran dia memang mahal la berbanding harga barang; USD6.99 lak. Tapi tak cukup untuk meredakan jiwa saya sebab masih jugak jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran tempatan. Satu jer yang diragukan, iaitu kualiti barang tersebut. Memandangkan ia bukan makanan ataupun pakaian, atau permainan kanak2, saya tekad nak cuba jugak. Apa2 yang terjadi, kira harga sebuah pengalaman.. (nak pujuk hati).. Saya tengok reputasi penjual 99++%, kira boleh tahan lah jugak. Jadi, saya pun buat bidaan pada saat2 akhir. Memang sah la saya dapat. Kalau nak dikira, ni bukan kali pertama saya buat transaksi kat e-bay tapi sebelum ni saya buat dengan penjual tempatan. Jadi tak ngeri sang...