Posts

Showing posts with the label latih minda

Ringkas dan Manis

Assalamualaikum wb... Ringkas dan manis. Short and Sweet . Saya suka baca entri blog yang ringkas dan manis. Tapi saya sendiri sukar nak buat entri yang berbentuk macam tu. Kalau saya cuba nak buat, saya rasa macam tak cukup untuk menyampaikan maksud yang tersirat di hati saya. Sebaliknya, saya akan cuba nak membuat penjelasan yang panjang berjela- jela. Sebenarnya di situ tersemat mesej yang penting. Mereka yang menguasai perbendaharaan kata yang luas berupaya untuk menyampaikan makna melalui susunan kata yang paling ringkas. Dan, saya akhiri entri saya di sini... :) Bilah Kata Bilah kata libasnya tajam mencantas jiwa pedih mencengkam mentari pun terluka sehingga ke senja. WallahuA'lam.

Sherlock Holmes

Image
Assalamualaikum wb... Sekarang saya sedang jatuh cinta dengan novel klasik penyiasatan Sherlock Holmes. Salah satu usaha untuk mencerdaskan minda sebab bagi saya, membaca buku Inggeris klasik tidak semudah membaca buku Inggeris kontemporari. Buku ni saya selitkan semasa suami saya sedang membayar beberapa buah buku rujukan pembelajarannya.. ;)

Kembara Iman

Saat nadi mengalir syukur doa bening di jemari subuh dan benak berbisik bertanya pada pengembara yang tersungkur meratap di hampar takwa kenapa baru kini erti dosa dan pahala merangkai di catatan diri kian lama di sini kian gelisah menganyam harap kian terungkai misteri alam bergulat resah di anjung mimpi dan perjalanan iman belum ada noktah untuk kita berhenti mencari. Sekadar latih tubi setelah sekian lama berdiam diri

Siri Latihan Menulis

Tiba-tiba saya terasa ingin menulis bait2 kata yang berbentuk puisi. Tapi yang peliknya bila jari saya mula diletakkan di atas papan kekunci, saya tidak tahu apa yang hendak ditulis. Dan saya mula mengetuk2 papan kekunci dengan apa sahaja perkataan yang muncul di kotak minda saya. Ada kala ia menghasilkan baris ayat yang memberi makna kepada pembaca. Namun selalunya yang muncul adalah cebisan kata yang tidak memberi sebarang makna. Dan saya sebagai perantara kepada emosi dan rasa tidak mampu berbuat apa2 selain dari meneruskan bicara melalui kata2 sehingga jemari itu sendiri memilih untuk berhenti. Pada masa yang sama, saya dihambat rasa bersalah. Pastinya dengan membaca entri ini tidak memberi nilai tambah kepada si pembaca. Tetapi hakikatnya, tujuan saya menulis entri ini adalah sebagai satu latihan untuk meningkatkat lagi kemahiran menulis. Hal ini kerana saya berpendapat yang kemahiran ini perlu diasah supaya kita mampu untuk meghasilkan pendapat yang bernas melalui media penulisan...

Dailog

Mari kita bermain bahasa.. Kita buat dailog nak.. Cuba kita tengok bagaimana penggunaan dailog yang sama boleh menggambarkan perasaan yang berbeza: " Saya sayang awak", Kita sambung melalui pelbagai cara yang berbeza: ================================================== 1. "Saya sayang awak" , bisik Aina lemah. Kolam matanya berkaca. Wajah ceria Haziq semasa majlis persandingan mereka ditatap tanpa berkelip. Tiba-tiba Aina menjerit. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik yang masih menyimpan seri pengantin. Serentak bunyi kaca pecah berbaur. ================================================== 2. "Saya sayang awak" , suara Raisya tersekat-sekat. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Azlan. Perlahan-lahan kelopak mata Azlan terbuka. Pandangannya sayu menyapu seluruh wajah bujur Raisya. Cepat-cepat Raisya menyapu air mata yang membasahi pipinya yang kian pucat. =================================================== 3. "Saya sayang awak", Hairi menyembuny...

Saya suka

Kadangkala semasa mendengar radio atau membaca, saya akan tiba2 tersentap dengan penggunaan perkataan tertentu. Mungkin kerana indah, unik atau saja2 tanpa sebarang sebab. Antaranya yang akhir2 ini saya dengar: 1. meranap: bermakna hancur; runtuh; musnah; contoh penggunaan: rumah itu ranap semasa kejadian gempa bumi yang berlaku semalam Jambatan itu ranap sewaktu banjir melanda minggu lepas. Boleh tak kita guna untuk meghasilkan kata2 indah? contoh: maruah yang ranap : Akar Bertuah di hujung terowong debu syaitan berterbangan memamah susila menyebar noda saat demi saat detik demi detik meranap maruah anak bangsa jenguklah jiwa aku memohon bangunlah bangkit melangkah menongkah resah kerna kalian akar bertuah pohon masa depan (boleh juga ditukar kepada pohon wawasan ) eehh.. ehh.. sajak lah.. ":) Layan....

sessi senam minda

Apa yang bermain di fikiran saya di saat ini?... Saya nampak tebing sungai.. Airnya mengalir lesu dari bukit berhampiran dengan kampung... Pada masa yang sama saya terbayangkan sebiji gelas yang separuh penuh... Seterusnya saya terbayang gelas yang belum dicuci.. masih kotor... Saya juga nampak awan yang berarak di langit... Hari yang cerah.. Mentari menyinar permukaan kolam.. Air kolam memantul cahaya yang berwarna perak.. mata saya silau oleh cahaya itu... Kaki saya terasa rerumput yang tajam mencucuk tapak kaki saya.. saya sedang berjalan tanpa kasut di padang rumput yang hijau... ada rama-rama terbang di antara bunga-bungaan yang berwarna warni... -sesi latihan tamat-