Posts

Showing posts with the label sajak

entah semalam

Image
pagi ini  27 ramadhan entah semalam  Lailatulqadr beribadat di malamnya seolah beribadat seribu bulan ibadatku hanya sedikit moga menjadi saksi suatu saat nanti yang mendamba setiap cebis pahala yang kita ada. 27 ramadhan 1438h 22 jun 2017

harum ramadhan

Image

harum ramadhan

saat kau melangkah pergi harummu masih setia bersama kami dan kau berjanji akan kembali setahun lagi 23 ramadhan 1438h 17 jun 2017

Belajar Memberi

Image

Di hujung senja

Image
Bicara dalam sepi Ada suara berbisik Berkongsi cerita duka semalam Antara aku dan dia Akhirnya di hujung senja Janji dikota Rahsia kan tetap rahsia

Menjenguk daerah ini

Image
Sekali sekala ke sini saat hati didakap sepi menoleh ke belakang rupanya telah panjang perjalanan ini setiap patah bicara rangkap irama mungkin bagi mereka tak bermakna apa- apa namun seperti selalu menjenguk daerah ini di celah sibuk kehidupan tidak pernah kecewa jiwaku segar kembali seperti disiram embun pagi. 30 Julai 2015/ 15 Syawal 1436 H

Usah terleka

Image
Cahaya hanya berharga di saat gelap melanda usah kita terleka dan hanya tersedar bila telah berada di sana. 30 Julai 2015/ 15 Syawal 1436H

Menatap alam

Image
Menelaah kejadian alam Menelusuri tanda dan alamat Kebesaran Illahi. Ruang kehidupan akan lebih jelas Andai ditatap dengan ilmu pengetahuan.

Sepurnama Berlalu

Image
Telah sepurnama melambai pergi Namun harum tetap mewangi Rindu bertapak di hati

Bukit Safa dan Marwa

Image
Tangisan sayu belahan jantung Merentap jiwa Saat Safa dan Marwa kudaki  berulang kali Lambang kasih seorang ibu Yang tak pernah berbelah bagi

Jabal rahmah

Image
Bukit ini adalah lambang kasih Dua jiwa yang terpisah Dan bersua kerana Allah Dan doaku teranyam Di Jabal Rahmah

Kota Madinah

Image
Kota Madinah Hatiku kau genggam erat Tanpa mampu kuambil kembali Walau saat kaki terpaksamelangkah pergi Nanti aku di sini Akan ku kembali

Rindu

Image
Biarkan kerinduan itu mendakap jiwa Sehingga aku dijemput kembali untuk ke sana Mengucup cinta abadi yang mengharum Semerbak hingga ke Syurga.

Setiap Helaan Nafas

Setiap orakan langkah setiap helaan nafas ada bersamanya ujian yang mengajar erti tabah dan sabar untuk lebih menghargai nikmat dan anugerah dari Pencipta Kehidupan.

Sajak Buat Seorang Kawan

  Pada setiap patah bicara   ada pesan dan teladan   pada setiap gelak mesra   ada garis pelangi yang berseri walau seribu liku ditempuh   setiap langkah tak pernah goyah   setiap payah tak pernah mengalah   andai jatuh ke laut menjadi pulau yang indah   andai singgah di pantai menjadi pohon yang hijau   andai menjengah gurun yang luas lantas menjadi lembah yang subur . Pada kesempatan ini   sejambak kasih kami gubahkan   biar zaman bertukar   kelopaknya kan sentiasa mekar   lambang persahabatan   yang selamanya   tak akan pudar. 1230 pagi 9 Oktober 2014 (Gerhana bulan) Nota: Seorang rakan pejabat yang juga pernah sekumpulan untuk mewakili jabatan di Pertandingan DEKON akan berpindah kerja. Kami merancang untuk membuat jamuan ringkas dan sajak ini adalah satu kejutan untuknya.

Selari dan Berlari

Aku di sini Kau di sana Berbeza dimensi Masa yang sama Takkan bersua Kerana dua garis Selamanya selari Selamanya berlari 1317 pm 5 Jun 2014 Tabung Haji, Kuching. - Posted using BlogPress from my iPhone

Usah dinilai

Usah dinilai buku itu Pada corak kulitnya Kerana butir permata Tidak pernah memilih Untuk bersembunyi Di ceruk mana.

Senja dan kita

Image
Senja dan kita amat mesra saat laut menyapa tinggalkan jingga itu di sini di kaki langit kemanusiaan untuk dikongsi dunia selamanya. 26 Mei 2014 0326 pagi.

Pesan Bonda (Selamat Hari Guru)

Pesan Bonda Anak- anak Bonda, telah jauh perjalanan kalian, dari merangkak, kemudian bertatih, berdiri, berjalan dan berlari, menjengah usia remaja kini kalian bersama bonda. Anak- anak Bonda, ada ketika Bonda menegur, bukan kerana benci. Berdendam? Tidak sekali. Anak- anak Bonda, daerah ini tapak semaian tunas benih insani yang pasti akan ditinggal pergi saat dewasa menjenguk diri Lantas, anak- anak Bonda, Pesan Bonda sematkan erat di lubuk jiwa, siapkan minda kukuhkan iman tabahkan hati Di sini andai kalian rasa diuji hakikatnya kehidupan di luar sana bakal lebih menguji Ingatlah anak- anak Bonda, suatu hari nanti adalah pasti kaki kalian melangkah pergi untuk berjuang di belantara diri melayar bahtera di samudera realiti terbang bebas di langit tinggi Pergilah ke mana sahaja ceruk dunia Rekalah menara yang paling ternama Atau menyelidik perkara yang berm...

Rindu

Image
Rindu yang menggamit Biar tanpa bicara Tanpa kata Tetap terungkap seribu makna. 0235 am 8 mei 2014 Curtin, miri. 26 April 2014.