Posts

Showing posts with the label Mawi

Tahniah Mawi

Image
Assalamualaikum wb... Saya sangat teruja bila membaca berita gembira kelahiran puteri sulung Mawi, Cahaya Malaika pada 28 Februari 2012 yang lalu. Walaupun tak ada kaitan saudara kecuali saudara seIslam, rasa teruja macam sambut kelahiran anak saudara sendiri pula. Pagi semalam saya terus telefon adik kat rumah sebab nak cakap anak saudara dia dah lahir. Sekali mak sambut. Terus dengan suara yang ala2 terharu, mak cakap.." hmmm.. cucu mak jugak tu.. ".. Kan dah kata dah... :) Memang dari semasa Mawi kat AF lagi, saya dan keluarga merupakan "kipas keras mati" Mawi. Saya yang waktu tu dalam pantang anak kedua, sampai mengigau2 sebab 24 jam kat rumah mak pasang ulang siaran diari AF yang ada MAwi. Ingat lagi, waktu kat hospital lepas melahirkan, terlepas konsert minggu tu yang Akma terkeluar. Memang tak lupa. Tapi tak pe, sebab balik rumah, memang sepanjang masa pasang diari AF. Memang fenomena betul... Sebab tu la, kalau sekarang ni ada pihak berkata popu...

Alahai Mawi

Kesian Mawi... Bila ditanya apakah perasaan beliau di"boo" semasa menghadiri ABPBH yang baru lalu, katanya entahlah , teruk sangat ke dia sehingga di"boo" seperti tu. Ada ka dia benda tak elok ke, skandal ke... Saya bersetuju dengan kat2 Mawi tu. Saya bersetuju bukanlan semata2 kerana saya dan keluarga (mak, abang, adik, ipar, bla.. bla.. bla..) meminati beliau. Saya bersetuju kerana setakat pemerhatian saya memang dia tidak perlu di"boo" semata2 kerana tidak memenangi anugerah penyanyi lelaki popular pada majlis tersebut. Saya mengaku tidak begitu bersetuju dengan pilihan Mawi sebelum ini (walaupun saya bukan emak Mawi) sebagai pasangan hidupnya, tetapi apabila Mawi telah mengahwini orang tersebut saya( dan keluarga saya) sebagai peminat menghormati keputusan tersebut. Apa2 pun, Mawi mengambil jalan terbaik dan terpuji untuk berkahwin dan bukan seperti setengah- setengah orang yang ke hulu ke hilir berkepit, bila ditanya mula la mengaku hubungan intim tet...