Projek Nilam Keluarga
Assalamualaikum wb... Saya dan suami mempunyai peruntukan khas untuk membeli bahan bacaan sama seperti perbelanjaan rumah yang lain. Setiap kali menjenguk kedai buku, amat sukar untuk keluar tanpa membeli sebarang buku; sama ada untuk diri sendiri atau anak- anak. Selalunya buku yang saya dan suami beli dari bahan bacaan yang boleh dibaca berulang kali seperti buku agama, buku kraf atau buku bacaan umum. Sebaliknya, untuk anak- anak pula selalunya adalah buku cerita yang mereka akan baca sekali sahaja. Lepas tu akan dibiarkan berhabuk dan anak- anak akan merengek pula untuk dibelikan buku baru selepas menghabiskan bacaan dalam masa cuma beberapa hari. Rasa macam membazir pulak bila tengok buku- buku yang masih elok disimpan begitu sahaja. Jadi, sebagai penyelesaiannya, suami lancarkan Projek Nilam Keluarga. Fatihah dan Maryam ditawarkan hadiah yang mereka pilih sendiri setiap kali mereka mencapai sasaran jumlah buku yang ditetapkan; 30, 50, 70, 100...