Posts

Showing posts with the label Motivasi diri

KeranaMu

Kekasih Kau titipkan rasa cinta saat lelah kian mendakap langkah demi langkah dirantai kecewa Kekasih ada cahaya di hujung sana hangat terasa hingga ke jiwa pucuk semangat kembali memutik kini aku bangkit mendepan arus perjuangan mesti diterus kerana  setiap degup  dan nafas dihela keranaMu jua. 1130 am,  20 Jamadil Awwal 1434H.

Jangan mengalah

Assalamualaikum wb... Setiap kali perjalanan kehidupan kita menghadapi halangan atau cabaran, janganlah berputus asa. Berhenti sebentar.  Analisa persekitaran berdasarkan kekuatan dan kelemahan kita.  Selidiki peluang yang mungkin dipergunakan dan ancaman yang perlu dielakkan. Tidak mustahil, sedikit demi sedikit halangan dan cabaran itu berubah menjadi peluang untuk kita membaiki diri dan mula meneruskan perjalanan dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Dah solat, kenapa masih buat dosa?...

Assalamualaikum wb... "Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" Saya setiap hari menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa saya masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar. Saya masih mengumpat. Saya masih sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah seperti bermain permainan atas talian di FB. Saya juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah terutama terhadap anak- anak sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap nasihat saya. Tapi saya yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji. Tiba- tiba benak saya berbisik, "Tidakkah kau menyedari, apakah agaknya lagi perbuatan yang lebih teruk dari itu yang mungkin kau lakukan sekiranya kau tidak menunaikan solat..." Peringatan untuk diri saya yang sering lupa, "Jangan berputus asa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa kau sedari langkah demi langkah, kau kian hampir kepadaNya..." ...

Kempen mencintai Masjid

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah... Sekembali dari bermusafir masih belum berkesempatan untuk memblog mengenai kembara tersebut... Secara ringkasnya memang seronok walaupun letih yang amat2... Banyak juga belajar dan muhasabah bagi kami suami isteri... Entri kali ini sekadar ingin mengingati diri untuk menanam semangat dan niat untuk mencintai dan mendekati masjid... Jangan setakat menunggu kelapangan untuk mendekati masjid tetapi cuba cari dan peruntukkan masa yang khas untuk mendekati dan memesrakan diri dengan masjid... Semoga diberi kekuatan... Insya'Allah...

Seram

Salam.. Pernah tak kita tonton cerita seram?... Mesti pernah, kan... Selalunya "benda" ni bila menjelma konon2nya akan menjelma dalam bentuk yang cantik contohnya perempuan yang cantik. Lepas tu pulak akan ada watak "pakar" yang boleh tengok rupa asal "benda" ni yang menakutkan... (Kononnya..) Kenapa saya cerita pasal ni?... Sebenarnya saya terfikir mengenai konsep dunia yang sementara ni... Semuanya nampak indah2 belaka... Seronok... Sehingga rasa sayang nak ditinggalkan... Tapi seandainya kita tahu tarikh akhir kita berada di dunia yang sementara ni, agaknya sama tak lagi nilai dunia ni di mata kita?... Takde lah maksud saya ingatan kepada mati menyebabkan kita terus meninggalkan sepenuhnya urusan dunia, dan terus 24 jam berada di tikar sejadah... Namun, kesedaran dengan hakikat kematian pasti akan menyedarkan kita bahawa kita tidak seharusnya bermatian2 mengejar dunia kerana semua itu akan ditinggalkan. Malahan, kesedaran tentang hakikat kematian sepa...

Bahagiakah saya?.

Salam... Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah. Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula. Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula. Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan. Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat... Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri. Dan hari itu saya menyedari hak...

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Image
Salam.. Suami saya memang minat sangat kat tulisan HM Tuah Iskandar ni... Setiap buku memang dia tak miss... Saya pulak memang tak baca buku motivasi ni.. Tapi novel dia saya baca... Bila suami saya tengok saya buat jualan online, dia tawarkan buku- buku koleksi ni untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan dengan harga yang murah... Buat Sampai Jadi- HM Tuah Iskandar Jangan Tidak- Tidak - HM Tuah Iskandar Membina Cinta Sayang- HM Tuah Iskandar Nak Jadi- Jadi- HM Tuah Iskandar Sendiri Mau Ingat- HM Tuah Iskandar Setiap buku berharga RM5.00 dan kos penghantaran RM5.00 sahaja untuk setiap buku. Boleh juga disatukan dengan pembelian buku novel kanak2 terpakai. tapi kalau 3 buku, kos penghantaran RM10 sahaja. Mintak maaf di atas mutu gambar kerana ia diambil oleh jurugambar amatur (Maryam)... :) Ada Bagus Bagusss - HM Tuah Iskandar Membina Peribadi Anggun- Hm Tuah Iskandar Jangan Main- Main- HM Tuah Iskandar Membina Personaliti Terbilang- HM Tuah Iskandar Stefa Isle- HM Tuah Iskandar Sela...

Alhamdulillahilladzi ahyana...

Juadah tengahari Juma'at Ringkasan Segmen Motivasi Pagi Ikim.FM- 06.08.10 ++++++++++++++++++++++++++++++ 1. Peluang untuk meneruskan kehidupan sehari lagi merupakan anugerah berharga dari Allah. Sebab itu kita dianjurkan untuk membaca doa bangun tidur; ***** "• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur Artinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit Keterangan : Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin : عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ Artinya : Hudzaifah r.a...

Kebakaran

Petang semalam penghuni bangunan yang diduduki pejabat saya digemparkan oleh siren kecemasan. Pada mulanya saya yang baru bersiap- siap nak ke surau untuk menunaikan solat Asar menganggap ia hanya amaran biasa. Maksudnya mungkin ada yang tertekan butang kecemasan pada lif secara tidak sengaja atau untuk main- main. Namun saya mula panik bila tercium bau benda terbakar dan kelihatan asap keluar dari bahagian tangga. Beberapa orang rakan pejabat dari tingkat 9 (saya di tingkat 10) berlari naik dengan wajah pucat sambil memberitahu yang memang betul- betul berlaku kebakaran di bangunan 20 tingkat itu. Saya terus berlari balik ke bilik saya untuk mengambil beg. Dalam kelam kabut saya hanya sempat mematikan suis elektrik utama. Saya dah tak kisah sama ada komputer dah ditutup secara teratur. Yang kelakarnya, saya masih sempat mencapai novel "To kill a Mocking Bird" yang baru saya beli dan tak sempat lagi dibaca. Buku tu saya keluarkan dari beg sebelum tu sebab nak baca sewaktu tu...

Rahsia Kejayaan Puan Faiza ( Tokoh MaulidurRasul 2010)

Diperik dari Mingguan Malaysia, 1 Ogos 2010, muka surat 9 Tulisan: Arif Nizam Abdullah. +++++++++++++++++++++++++++++++ Puan Faizah Bauwumi merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, pembekal 21 jenama beras dan pengeluar pelbagai jenis rempah ratus di pasaran. Apabila ditanya rahsia kejayaan beliau, jawapan Puan Faizah ialah: 1. Niat yang betul - Niat beliau berniaga bukan hendak menjadi kaya raya tetapi untuk membantu seramai mungkin ahli masyarakat melalui rezeki yang diperolehinya. Syarikat beliau merupakan salah satu pembayar zakat terbanyak di Malaysia. 2. Solat Dhuha dan Surah Al-Waqiah - Puan Faiza mengamalkan Solat Dhuha dan membaca surah Al-Waqiah setiap hari agar tidak ditimpa papa. ++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota Penulis: - Solat Dhuha merupa solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit dan sebelum matahari tegak di kepala. Waktu yang sesuai adalah sekitar pukul 10 pagi. - Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 yang terdiri...

Imam Muda (Peringkat Akhir)

Malam ini Siri Imam Muda akan melangkah ke gerbang penamat. Pada hakikatnya, peringkat akhir bukanlan untuk mencari pemenang. Menurut Pengetua, semua yang menyertai (malahan yang tidak terpilih) memang telah layak menjadi Imam. Namun, pastinya tujuan utama program ini sebenarnya untuk membuka mata masyarakat bahawa masih banyak peranan yang boleh dimainkan oleh remaja masa kini selain dari menjadi selebriti program hiburan. Dan supaya kita lebih berfikiran positif bahawa masih ada harapan untuk kita melihat generasi anak- anak kita menikmati kehidupan sejahtera dari segi fizikal, moral dan rohani. Yang pentingnya sekarang ialah untuk setiap anggota masyarakat memainkan peranan dengan terancang dan berkesan untuk memastikan persekitaran di mana anak-anak kita membesar terpelihara dari unsur- unsur negatif. Kita harus bijak untuk memanfaatkan semua sumber maklumat seperti televisyen, radio, akhbar dan internet supaya "memihak" ke arah yang kita inginkan. Sebagai contoh, berband...

Mari le berekreasi dan beriadhah...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm, 30 Julai 2010 (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil) Nota: Saya hanya sempat mendengar di pertengahan segmen, jadi saya catatkan setakat yang mampu. 1. Iman menurun dan menaik Hadis Nabi S.A.W mengenai Sahabah bernama Hanzalah yang menganggap dirinya munafik kerana Imannya yang menaik semasa di Majlis Nabi SAW tetapi menurun semula apabila berada di tempat lain. Nabi SAW bersabda bahawa seandainya Iman seseorang itu sentiasa sama sahaja dalam semua keadaan, para Malaikat pun akan berjabat tangan dengannya (tabik spring kata penceramah). Menurut Nabi SAW, Iman seseorang itu secara biasanya sebagai manusia akan turun naik mengikut keadaan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha meningkatkan tahap Iman kita. (Riwayat Muslim, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenai hadith ini, Insya'Allah) 2. 4 aktiviti yang tidak dianggap membazir oleh Nabi SAW walaupun secara kasarnya seperti tidak mendatangkan faedah Aktiviti berulang- al...

Nisfu Syaaban (dipetik dari emel)

Dipetik dari e-mel: +++++++++++++++++++++++++ Assalamualaikum w.b.t... Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban: 1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 2. Membaca Yasin 3x selepas solat...

Mulut Laser tapi Hati Baik...

Penceramah kat IKIM.fm kata: "Buah limau kalau diperah akan mengeluarkan air limau" Maknanya buah limau kalau diperah takkan mengeluarkan madu. Fikir-fikirkan sempena menyambut Ramadhan yang bakal berkunjung sedikit masa lagi.

Anjakan Paradigma

Minggu lepas saya telah diarahkan untuk menghadiri bengkel membangun semula (Redevelopment) sistem kewangan jabatan. Ia boleh dianggap sebuah bengkel yang intensif kerana ia dijalankan selama 3 hari bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10 malam setiap hari. Tujuan utama bengkel adalah untuk mengenalpasti pelbagai masalah yang wujud dalam perlaksanaan sistem semasa dan cuba untuk memasukkan penyelesaiannya di dalam sistem baru. Sebagai pengguna utama kepada sistem tersebut, saya adalah di antara kumpulan sasar yang "diperah otak" (brainstorm) untuk mendapatkan sebanyak input yang boleh. Memang betul-betul "taufan" kepala saya terutama pada dua hari pertama bengkel tersebut. Sampaikan ahli kumpulan saya sengih2 je bila tengok air muka saya berkerut seperti dipukul ribut. Yang nak dikongsi saya sebenarnya ialah walaupun saya rasa betul2 tertekan waktu bengkel tersebut, tetapi sebaliknya selepas kembali semula ke pejabat, timbul satu perasaan yang berbeza. Saya...

Go for it....

Kelemahan saya; saya sukar nak berbicara di hadapan orang ramai. Saya rasa hal ini berlaku kerana rasa rendah diri terhadap keupayaan diri sendiri. Buktinya saya akan menggeletar tahap teruk setiap kali berucap di khalayak ramai. Tapi kali ni saya tak nak cerita pasal tu sebab kalau mula, payah nak berhenti. Pada mesyuarat jabatan saya yang lepas saya telah diamanahkan untuk melaksanakan satu program kecil. Itupun sebab mulut saya "gatal" mengajukan pendapat. Akhirnya saya yang kena buat. Strategi saya untuk melaksanakan program ni ialah dengan mendapatkan pelbagai input dari pihak pekerja supaya perlaksanaannya nanti mendapat sambutan dari semua pihak. Jadi saya rancang nak jumpa wakil pekerja untuk mendapat kerjasama mereka. Sepanjang minggu lepas saya rasa tak sedap hati sebab tak yakin yang saya mampu untuk memahamkan wakil2 tersebut mengenai idea saya. Dan saya juga risau yang saya akan "syok sendiri" dalam melaksanakan program ni. Tapi memandangkan minggu depa...

Al-Ankabut

Juadah Pagi Rabu ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 1. "Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji" (Surah Al-Ankabut; Ayat 2) (Saya baca ayat 1-14) 2. Siri Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Paling Bahagia Mawar Kesembilan- Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu Melati Kedua- Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. 3. Siri Indahnya Hidup Bersyariat Pengertian Solat Jamak: Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu; solat zohor di dalam Asar dan sebaliknya, atau solat Maghrib di dalam waktu Isya atau sebaliknya. Bacaan Sujud Sahwi: Subhana man lam yanamu wa lam yas-hur ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota Penulis: "Terlalu singkat masa yang ada, namun terlalu banyak yang harus dilaksana"

Memberi

Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm- Ustaz Pahrol Kita hidup dengan apa yang kita ada, namun kita MEMBINA KEHIDUPAN dengan apa yang kita BERI Kenapa enggan memberi? 1. Saya tiada harta untuk diberi Luaskan skop "harta" dalam hidup anda dan anda akan dapati andalah yang paling kaya. Harta benda Ilmu Pengetahuan Nasihat Senyum Doa nota pemblog: Juga boleh memberi laluan kepada kereta lain yang ingin masuk laluan anda semasa memandu di jalan raya 2. Memberi akan mengurangkan harta Al-Qur'an berjanji bahawa untuk setiap harta yang disedekahkan akan berkembang biak seperti pokok padi. Nota pemblog: Kalau dilihat dari segi nilai, orang yang memerlukan akan meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada suatu perkara berbanding dgn orng yang kurang memerlukan. Sebagai contoh, bagi orang kelaparan, sekeping biskut kering amat bermakna berbanding dengan orang yang sedang kenyang, tidak akan memperdulikan biskut kering tersebut. Jadi, dengan memberi harta kepada yang memerlukan akan meni...

Mendengar rintihan sebelum ia bertukar jeritan

Seperti biasa saya perlu catat perkara2 yang saya petik dari segmen Motivasi pagi tadi (Ustaz Pahrol) yang saya rasa amat menarik sebelum terlupa: 1. Rintihan amat penting sama seperti keperluan terhadap makanan 2. Dengarlah bisikan/ rintihan mereka sebelum ia bertukar kepada jeritan Rintihan anak2 yang tidak diberi perhatian akan bertukar kepada jeritan apabila mereka meningkat dewasa. 3. Semakin banyak mendengar semakin tinggi peluang untuk mengutip ilmu/ maklumat yang bertebaran 4. "Kekasih" yang cemerlang ialah mereka yang sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan/ bicara pasangan mereka 5. Allah adalah Pendengar yang paling Setia kerana Dia Maha Mendengar 6. Dengan meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan/ rintihan/ bisikan individu yang bermasalah anda mampu mengubah masa depan individu tersebut ke arah yang lebih baik. Nota: Siaran ulangan selepas maghrib setiap hari di Ikimfm. Dicadangkan untuk dengar ulangan isu hari ini.

Surah Al-Ikhlas

I was dropping by at my other blog which was not maintained for quite some time. However it seems that someone has posted a message which was not supposed to be posted at my Guest Book Section because it is obviously reflected from my blog that I'm a Muslim. So I considered it as provocative posting. However, I cant delete it because there was no delete button provided by the site developer. So, to force the posting to go down to Archive section faster, i plan to post other postings there. The first one would be as below. And I posted the same posting at his/ her blog because if he/ she didnt mind to post his/her posting at my blog, then I think it is okay for me to post something back at he/ her blog. Arabic: بسم الله الرحمن الرحيم قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١ اللَّهُ الصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤ Transliteration: Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem 1 Qul huwa Allahu ahad 2 Allahus-samad 3 Lam yalid walam yulad 4 Walam yakun lahu kufuwan ah...