Posts

Showing posts with the label Jom masak

Sayur Keladi

Image
Percubaan pertama masak sayur keladi. Alang-alang master chef mama ada kat rumah. Mamma mia lazato... (harap- harapnya). Sayur keladi sedap dimakan bersama ikan terubuk masin dan nasi putih. Ala- ala selera kampung gitu. Lagi satu, untuk mereka yang meminati linut (Makanan tradisi Kaum Melanau di Sarawak), sayur keladi yang terlebih pedas dan masam memang menyelerakan.  Mari layan petua dari pakar untuk sayur keladi yang memenuhi citarasa mertua.. (yalah tu..)   Tips: 1.  Rebus dahulu batang keladi sehingga separuh layu. Buang airnya dan kemudian baru rebus semula bersama asam gelugur sehingga ia betul- betul layu. 2. Tumbuk cili mengikut kepedasan yang diinginkan bersama bawang (Putih dan merah), ikan bilis dan belacan. Sayur yang sedap rasanya adalah yang cukup rasa  pedas, masam dan belacan. 3. Masukkan bahan yang ditumbuk sekali bersama daun herba yang selalunya dijual bersama dengan sayur keladi; Hirisan daun kunyit dan daun tak t...

Sakinah, akak post resipi kat sini ya...

Sakinah , akak mintak izin copy and paste untuk rujukan masa depan... Keseluruhan posting adalah dari blog saudari saya, Sakinah... "Sumber dirujuk Dari Dapur CT Kek Coklat Tanpa Telur Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum* 1/3 cawan serbuk koko* 1 sudu kecil serbuk penaik* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 sudu kecil garam 3/4 cawan gula kastor 1/3 cawan minyak masak sayuran/minyak jagung 3/4 cawan air kopi panas 1/3 cawan susu segar [saya guna susu cair saja] 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) [saya pun guna cuka] Cara-cara : 1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. 2. Dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata. 3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas). 4. Tapiskan adunan. [saya tak t...

Black Forest- Thanks kak Yatie

Beberapa lama dulu saya ada meminta rakan baru blogger share resipi black forest yang gambarnya dia upload kat blognya... Hari ni saya menjenguk blognya semula sebab tertarik dengan entrinya mengenai menjahit baju kebaya. Dah kat situ saya ambik peluang membaca entri2 lama beliau yang saya terlepas sebab lama tak ziarah. Terharunya... Sebab dia dah uploadkan resipinya untuk memenuhi permintaan saya tu. Kebetulan tengah bulan nih Birthday Maryam ke 6. Saya ingat nak cuba godek2 resipi tu. Sapa2 yang berminat boleh jenguk kat link nih ... Thanks very much ye Kak Yatie ... Muuahh.. :)

Kuih Koci dan periuk kukus

Hari ni saya tambah satu lagi ilmu. Saya belajar buat kuih koci dari mak sedara tercinta. Pastinya ramai yang memang arif buat kuih-muih tradisional ni, termasuk kuih koci. Sebenarnya, sebelum ini saya memang tak tahu nak masak kuih tradisional terutamanya yang memerlukan ia dikukus. Tapi sejak saya belajar buat pulut sambal dari mertua, saya dapati aktiviti kukus mengukus ni tak lah tragis sangat. Nasib baiklah ada perancangan nak meniaga kecil2an ni. Kalau tak, tak tahu la sampai bila baru saya reti mend2 nih semua. Jadi, lepas tu saya dan suami pun beli satu periuk kukus. Sejak memiliki periuk kukus ni lah saya semakin giat melibatkan diri dalam aktiviti belajar buat kuih tradisional terutama yang dikukus. Minggu lepas saya belajar buat lepat pisang melalui buku. Pertama kali buat, terlebih tepung dan kurang pisang dan segala2 nya tak cun. Lepas tu kira boleh lah jalan. Tengahari tadi saya cuba pulak belajar buat kuih koci. Okaylah jugak. Jadi sekarang saya bolehlah merangkak2 kalau...

Belanjawan negara

Seiring dengan pembentangan RMK10 yang dibentangkan oleh PM minggu lepas, saya dan suami membuat resolusi untuk mengurangkan kadar defisit belanjawan "negara". Jadi, esok kami rancang nak buat sendiri ayam penyet di rumah. Jadi ke tak agaknya ya... Tunggu... Salam.

Resepi Pisang Goreng

Saya sedang mencari resepi pisang goreng yang sedap. Dah dua minggu saya jual pisang goreng tapi pakai tepung adabi. Nampaknya tak larat dah sebab tepung tu mahal. 300 gm RM3.00. Jadi saya godek2 lah internet dan dapat satu resepi nih kat site nih . Nanti nak cubalah.. Kalau kengkawan ada resepi pisang goreng yang rangup, sudi2 lah share yeh,... Bahan Batter 2 cawan tepung beras cap Gajah 1 biji telur 1 s/k air kapur 1 s/k kunyit serbuk garam air secukup pekat Cara 1. Bancuhkan bahan Batter sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat. 2. Panaskan minyak yg banyak. 3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam bahan batter dan jemputkan kedalam kuali. 4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tapisan sayur

Kek Lapis Coklat

Image
Lapis pertama Lapis kedua Dah siap... Macamana?... Siap untuk dihidang.. Separuh dah antar rumah mama... :) Layan...

KekLapis

Image
Belajar buat kek lapis dari sepupu... Lama dah rancang tapi sebab masing2 sibuk, baru hari ni kawan tu dapat datang... Tu pun sebenarnya saya dah ada plan nak beli periuk kukus, tapi sebab cikgu dah nak datang, rugi lah kalau tak belajar. Inilah hasil dia.. Yang ni pun saya mintak tolong P.A saya teruskan sebab dah lewat nak keluar.. Syifuk pun kena balik masak... Ni kecederaan semasa nak keluarkan dari oven .... Apa2 pun, kira boleh lah layan .. :) Terima kasih Syifuk..