Posts

Showing posts with the label Projek Mega
Hari ini saya berniaga goreng pisang pulak... Ni niaga petang.. Dah tak niaga sebelah pagi dah... Bukan tak larat nak bangun pagi, rasanya setelah beberapa hari berniaga, tak ada seorang pun pelanggan. Masing-masing pelajar mahupun yang bekerja bergegas ke destinasi masing-masing. Mungkin mereka semua telah siap sarapan di rumah. Saya dan suami berbincang dan bersetuju untuk menghentikan niaga sebelah pagi. Bukan mengalah tetapi menukar strategi. Bak kata pepatah, "beralah bukan bererti kalah" Jadi, kebetulan mak mertua ada hantar setandan pisang dari kebun, saya buat perancangan jual goreng pisang pulak. Malam tadi singgah kat pasaraya sebab nak beli bahan-bahan buat kuih (nanti cerita lebih lanju bab ni) dan barang dapur, sempat lah tangkap sebungkus tepung pisang goreng. Siang tadi awal cakap kat pembantu untuk gorang pasang dalam pukul 4.30. Pukul 5 terus pergi rumah mak (tapak gerai). Kebetulan waktu sampai ada sorang kakak sedang jenguk-jenguk jualan. Dia tengok pisa...

Projek Mega

Nampaknya projek gerai tepi jalan semakin rancak. Begedil habis setiap hari. Dan petang tadi telah ada seorang kakak yang bersedia untuk membekalkan kuih untuk jualan bulan puasa. Dia juga turut bertanya sama ada kami beroperasi sebelah pagi kerana dia sanggup membekalkan kuih untuk kami. Pada mulanya kami memang tidak merancang untuk beroperasi sebelah pagi kerana ketiadaan tenaga kerja. Tetapi setelah berbincang, saya dan suami mengambil keputusan untuk mencuba beroperasi sebelah pagi sebelum bekerja. Dirancang untuk hari pertama beroperasi pagi pada hari Khamis ini. Produk yang diatawarkan?.. Mihun goreng... Kebetulan Fatihah tidak bersekolah pada hari tersebut kerana cuti peristiwa.. So, would be just nice kerana husband saya tidak perlu menghantarnya ke sekolah dan boleh bertolak ke pejabat lewat sedikit. Pejabatnya terletak berdekatan dengan rumah .