Assalamualaikum wb... Semalam saya menjemput Fatihah pulang selepas aktiviti ko- kurikulum petang. Kebetulan perlu jemput rombongan emak, abah dan adik (sekeluarga) balik dari KL. Jadi saya menjangkakan untuk sampai ke rumah awal. Biasanya saya cuma menunggu di tepi blok kelas Fatihah. Dia pula akan menunggu di "gajah menyusu" (betul ke istilah ni) yang mudah untuk dia nampak saya dan saya nampak dia. Semalam, saya sampai dalam pukul 5 lebih dan ramai pelajar yang dah keluar. Bayang Fatihah belum nampak. Memandangkan hujan, saya keluar untuk jemput Fatihah dengan payung, tapi selepas beberapa ketika menunggu di hujung blok, Fatihah belum muncul. Beranggapan Fatihah masih belum selesai urusan, saya masuk semula ke kereta sambil mendengar rancangan Muamalah di radio Ikim bersama Ustaz Zaharuddin. Tajuk Ulasan Bajet 2013 menarik perhatian saya, jadi saya tak kisah menunggu untuk seketika lagi walau dalam hati saya ada sejentik kebimbangan. Hampir nak ke pukul ...