Posts

Bersyukur

 Bersyukur amat sukar hanya akan sedar saat hilang dari pegangan Kaya bukan hanya harta dunia juga nikmat kehidupan dan nyawa serta sanak saudara selagi dapat bersama

tahniah anak

Image
  alhamdulillah, hari ini Maryam menerima keputusan SPM, lulus dengan amat memuaskan. perjalanan baru bermula. teruskan berjuang tanpa putus asa in sya Allah akan terus berjaya walau di depan pelbagai cabaran.  all the best anak. 

bersyukurlah

 petang tadi menghadiri majlis doa selamat rakan sekerja yang bakal menunaikan fardhu haji. hari saya berbisik, untungnya mereka ada kawan-kawan yang mengadakan majlis keberangkatan mereka.  dulu semasa saya hendak berangkat menunaikan haji pada tahun 2017 di pejabat lama, tak ada rakan pejabat yang buat majlis seperti itu. oppss, manusia memang bersifat pelupa. selepas iti baru saya teringat, saya juga ada diraikan dalam sebuah majlis oleh rakan sepejabat sempena keberangkatan saya. kita selalu merasakan yang kita serba kekurangan dan diabaikan. mudah melupakan nikmat tapi sukar melupakan ujian kesusahan.  bersyukurlah, maka akan ditambah nikmatmu, in sya Allah. 11.58 mlm 25.05.2023

Jangan kecewa andai belum berjaya

Image
 Semalam menghadiri majlis makan malam perpisahan rakan sekerja yang akan bersara. Bersara adalah proses yang menyebabkan kita perlu keluar dari zon selesa yang telah kita diami bertahun- tahun. Pelbagai ketidakpastian dijangka tapi ada satu yang pasti. Kita akan merasai pengalaman baru. Kata rakan saya, amat banyak yang dipelajari beliau sepanjang beliau bertugas. Salah satunya, harus sentiasa memberi peluang kepada diri untuk melaksanakan sesuatu lebih dari kemampuan yang kita tahu. Juga bermakna perlu keluar dari zon selesa kita. katanya juga, apabila kita berjaya melaksanakan kerja kita lebih dari yang dijangkakan, ia akan kekal dalam minda dan kenangan kita selamanya bahawa kita pernah berjaya melaksanakan kerja lebih baik dari perancangan asal. begitu juga sebaliknya, kegagalan juga akan kekal dalam memori kita. namun, secara peribadi saya berpendapat, setiap kegagalan itu jangan mematahkan semangat. sebaliknya harus  menjadi pengajaran untuk mencipta kejayaan dalam lang...

Mencabar Diri

memang sukar setelah sekian lama berhenti menulis untuk kembali  tahun 2023 bermula dengan keresahan khabar angin akan dipindahkan tempat bertugas hanya selepas berpindah masuk 6 bulan sebelumnya. penghujung bulan januari 2023  menerima arahan untuk  melaporkan diri ke pejabat baru  sekiranya menerima tawaran kenaikan pangkat. awal februari 2023 melapor diri di pejabat baru  tapi masih bertugas di pejabat lama sehingga penghujung februari untuk menyiapkan kerja yang belum selesai. hari ini telah hampir tiga bulan berada di pejabat baru perlahan- lahan cuba untuk menyesuaikan diri, berpindah ke tempat baru  ke tempat yang asing keluar dari zon selesa dalam tempoh setahun sahaja telah berpindah masuk ke dua tempat baharu satu cabaran namun mengajar untuk kita berubah  ke aras yang seterusnya. semoga kita sentiasa membuka ruang untuk diri  menghadapi cabaran melangkah ke wilayah yang tidak pasti. 24.03.2023

Di sini bermula

 menulis semula untuk mengisi ruang masa yang ada mungkin ada cerita yang boleh dikongsi atau pengalaman untuk diambil pengajaran  dan manfaat bersama hari ini juga blog ini bertukar reka bentuk semoga memberi semangat dan nafas baru 23052023

Maryam Insyirah kuseru namamu

Image
 Hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan Julai. Saya telah berjanji untuk mencoret sesuatu sempena ulangtahun kelahiran Maryam yang ke 17 pada 15 Julai yang lepas. ******************************************** Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 17 Dek. You are such a wonderful kid from the beginning.  Bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain dan cekal mengatasi cabaran kehidupan. Kekalkan sifat- sifat itu sepanjang kehidupan Adek, in sya Allah akan cemerlang dalam apa jua jalan yang Adek pilih. Usia 17 tahun memang amat indah,  namun manfaatkan ia sebaik-baiknya. kerana ia tidak akan berulang.  dan andai dimanfaatkan sebaiknya  in sya Allah akan memudahkan perjalanan di masa depan. Selangkah usia menganjak, selangkah tempoh kehidupan kita berkurang. maka, jadilah kita di kalangan orang yang  beruntung yang sentiasa menyedari tujuan kehidupan walau dalam apa keadaan. Selamat menjadi dewasa Dek. dan teruskan meniti hari mendatang  de...

brighter smile

 the counting days  and the blossoming red upon the sky, even the little girl smile is brighter  once your heart is given in the shining ray. -just a random words play- ummufatihah 1201 am 26.11 2021

it is my choice

 there is suddenly the echo of life, singing the song of never ending stories, with the fragrance spreading all over  the beautiful garden, to this day i won’t regret. it is my choice.  ummufatihah 1240 am 25112021

when the going gets tough

Image
“ when the going gets tough the tough gets going” -bila kehidupan menjadi sukar, suatu masa, kesukaran itu pasti akan berlalu- setiap kelahiran itu adalah anugerah yang tidak ternilai. ia membawa pengalaman baru kepada ayahibu.  diikutkan hati yang ingin memastikan anak- anak sentiasa berada dalam keadaan selamat, biarlah mereka sentiasa berada di pandangan mata orang tua. namun hakikatnya, kehidupan perlu diteruskan. tanpa kesukaran, mana mungkin anak- anak belajar untuk menjadi dewasa. seperti seekor burung yang perlu menguatkan sayap di saat muda untuk boleh terbang tinggi di udara. saat anak tidak lagi di depan mata, yang tinggal hanyalah kepercayaan yang perlu dibina, bahawa didikan dan prinsip yang dibekalkan bisa menjaga anak supaya sentiasa berada di landasan yang terpelihara. 19 tahun yang lalu, telah lahir puteri yang pertama, menghadiahkan kami gelaran abah dan mama. pembuka kehidupan berkeluarga, lantas digelarkan fatihah humairaa bersama gelaran manja Saiyiditina Aisya...

mawar serikandi

pohon mawar rupanya  walau telah menguning  tidak bernyawa durinya tetap berbisa. -ummufatihah2021- taman sepawie, petra jaya kuching 09.07.2021 1137 am

lupa itu rahmat

 sifat lupa  adalah rahmat  dan nikmat buat insan lantas  tiada dendam  tiada kecewa tiada duka dan esok  adalah hari baru untuk kita.  - ummufatihah2021- taman sepawie, petra jaya kuching. 07072021

tanyalah pakar

Saya suka bila bersua pakar dalam sesuatu bidang. tak kisahlah apa jua bidang.  pakar buat kek,  pakar baiki telefon bimbit, pakar baiki jam, pakar mengait, apatah lagi pakar di bidang professional. untuk menjadi seorang pakar, perlu fokus, dan arif serta yakin dengan kelebihan diri. lantas, kelebihan itu  boleh sahaja dijadikan sumber pendapatan utama  atau sekadar hobi di kala santai. di saat kita gelisah atau berduka,  keasyikan dengan aktiviti seperti ini  berupaya mengheret ke dunia kita sendiri sehingga beban emosi yang ditanggung lenyap begitu sahaja. mari kenali diri  dan bina kekuatan emosi. 

hidup itu perjuangan

menongkah realiti harus berjiwa kental dan tabah ia tidak seindah fantasi namun itu hakikat dan indahnya kehidupan kerana kita harus  sentiasa berjuang. - ummufatihah2021- 7.07 pm, 15 jun 2021 taman sepawie, petra jaya

zarah nikmat

Jangan lupa petik bunga itu saat berkembang dan gubahlah  menjadi jambangan hati sekali- sekala ada manis  sekali- sekala juga ada pahit menjenguk ikatan mesra lantas jangan kecewa hanya kerana pernah terluka tanpa pahit  mana bisa mengenal manis tanpa sakit nikmat sihat tidak berharga sebesar zarah  setiap nikmat harus dikira.  -ummufatihah2021- 5.16 pm 12.06.2021 taman seri sena, petra jaya. *another sunday is coming* 21.02.2021 Surah Al-Fatihah untuk Mak

carilah ketenangan itu

ketenangan itu perlu dicari, jangan mengharap ia datang berlari pada setiap malam gelita akan muncul sinar mentari asal sabar menunggu pagi dan dingin embun pasti menanti.  -ummufatihah2021- taman sepawie, petra jaya kuching. 8.11 pm 11.06.2021

Nota Kehidupan

Nota 1 Keupayaan “mendengar”. satu kemahiran yang penting dalam komunikasi namun,  berapa ramai yang hanya setakat “mendengar” tanpa memberi penekanan kepada kesediaan untuk memahami situasi emosi yang sedang dialami oleh si penutur. ************************************************** Nota 2 Ada sekurang- kurangnya dua sebab tidak menulis; 1. tiada idea 2. terlalu banyak cerita ************************************************* Nota 3 Perspektif Kepelbagaian pendapat bergantung kepada dari perspektif mana kita melihat sesuatu isu. Perbezaan pendapat tidak bermakna salah atau betul. mungkin boleh dianggap semakin banyak persepektif dalam satu- satu isu menunjukkan lebih banyak pilihan dalam perbincangan. ************************************************** Nota 4 Terbuka untuk berubah… Ke arah kebaikan. ************************************************** Nota 5 Perhubungan yang sihat… bersedia menyokong pasangan semasa dia “rebah” tanpa syarat. *******************************************...

Dua Jalan

di antara solat witr  dan surah anNahl ada khauf dan raja’ menyuluh dua jalan mengarah dua pilihan walau ke mana tujuan yang pasti  tetap ada jalan pulang ummufatihah2021 1153 malam, 8 Jun 2021 taman sepawie, kuching.

Selamat membaca

Kali ini saya menjenguk ruang kanvas ini tanpa ada sebarang cerita untuk dicatat. hanya sekadar bersiar- siar sambil membaca entri- entri terdahulu. Banyak juga catatan yang telah dibuat dari pelbagai tajuk dan tema. walaupun rasa seronok membaca dan mengimbau emosi semasa saya menulis entri tertentu, tidak dinafikan andaikata ada yang membacanya, memang akan pening. Pening membaca coretan yang saya tulis seolah- olah pembaca turut dapat membaca idea lengkap yang hanya wujud di benak pemikiran saya sendiri.  sedangkan hakikatnya cerita yang tertulis banyak yang melompat ke sana- sini dengan lopong ruang kosong yang mengakibatkan mesej sukar difahami. Namun, dari sudut pandang yang berbeza, mungkin ia adalah ciri-ciri unik ruang catatan kehidupan saya di sini yang memaksa pembaca (sekiranya ada) untuk membaca secara aktif dan berusaha keras untuk memahami cerita keseluruhan berdasarkan cebisan “puzzle” yang berserakan. selamat membaca . 

Nota Untuk Mak

Image
  hari ini 21.05.2021. akhirnya saya menjenguk juga ke ruang ini.  dan rupanya hari ini tiga bulan Mak pergi.  21.02.2021. setiap kali saya merasakan telah berjaya menerima hakikat itu, saat itu juga perasaan kesal timbul kembali. kenapa tidak menghabiskan banyak masa dengan Mak. kenapa tidak bersama Mak. sehingga saya sendiri tidak tahu apa yang saya kesalkan. sehingga saya takut seolah- olah saya tidak redha dengan ketetapan ini. saya tidak pasti adakah perasaan seperti ini akan timbul apabila  ditinggalkan oleh semua orang yang rapat dengan kita atau hanya apabila ditinggalkan oleh seorang emak, yang telah bersama kita semenjak kita belum lagi lahir. tapi yang pasti, tiada lagi peluang kedua. Saat insan bernama Emak telah pergi, walau air mata darah yang keluar, semua peluang telah pergi bersamanya. dan kita akan hidup dengan kekesalan itu  sehingga kita berjumpa semula di Syurga. Anak- anak, selagi nyawa masih ada  dakaplah ibu dan bapa walau siapa jua ...