Semalam menghadiri majlis makan malam perpisahan rakan sekerja yang akan bersara. Bersara adalah proses yang menyebabkan kita perlu keluar dari zon selesa yang telah kita diami bertahun- tahun. Pelbagai ketidakpastian dijangka tapi ada satu yang pasti. Kita akan merasai pengalaman baru. Kata rakan saya, amat banyak yang dipelajari beliau sepanjang beliau bertugas. Salah satunya, harus sentiasa memberi peluang kepada diri untuk melaksanakan sesuatu lebih dari kemampuan yang kita tahu. Juga bermakna perlu keluar dari zon selesa kita. katanya juga, apabila kita berjaya melaksanakan kerja kita lebih dari yang dijangkakan, ia akan kekal dalam minda dan kenangan kita selamanya bahawa kita pernah berjaya melaksanakan kerja lebih baik dari perancangan asal. begitu juga sebaliknya, kegagalan juga akan kekal dalam memori kita. namun, secara peribadi saya berpendapat, setiap kegagalan itu jangan mematahkan semangat. sebaliknya harus menjadi pengajaran untuk mencipta kejayaan dalam langkah kehid