Posts

Showing posts from January, 2015

Setiap Helaan Nafas

Setiap orakan langkah setiap helaan nafas ada bersamanya ujian yang mengajar erti tabah dan sabar untuk lebih menghargai nikmat dan anugerah dari Pencipta Kehidupan.

Sekolah kehidupan

Image
Setiap detik  Adalah sekolah kehidupan. Titik. 

Sejenak

Image
Berhenti sejenak Menoleh ke hari semalam Ada langkah yang sumbang Ada bayang yang suram Namun di sana jua Ada bunga berkembang Ada jalur pelangi Selepas hujan gerimis Ku pandang ke depan Melangkah dengan azam Semalam adalah tonggak Untuk kejayaan yang mendatang

Daerah Rahsia

Image
Di sana  Ada daerah Yang amat janggal bagi kita Namun adanya Suatu kepastian Yang tak bisa dinafikan Cuma bila Dan bagaimana ke sana Masih tetap rahsia Yang hanya diketahui Oleh Yang Maha Pencipta Pustaka Negeri Ahad 13 Rabiul Awwal 1436h 4 Januari 2015