Posts

Showing posts from August, 2013

Bicara yang belum selesai

Image
(Dikemaskini pada 10.09.2013) Ada bicara yang masih belum selesai pada diari usia yang telah perang warnanya ada lakaran kenangan di sana masih mekar mewangi sekali sekala semerbak harumnya merentas laman maya saat garis masa mengatur langkah melambai pergi tak akan kembali biarkan bicara itu membisu senyumnya masih mesra seperti dahulu. (Asal) Ada bicara yang masih belum selesai Pada diari usia Yang telah perang warnanya Ada lakaran kenangan di sana Masih mekar mewangi Sekali sekala semerbak harumnya Merentas maya Saat garis masa mengatur langkah Melambai pergi tak akan kembali Biarkan bicara itu membisu Senyumnya masih mesra seperti dahulu....

Setitis air di lautan maya

Assalamualaikum, Hari ini Syawal 12, 1434 H. Hari pertama bekerja selepas bercuti bermula 16 Ramadhan yang lepas. Dengan kekerapan menjenguk blog yang berkurang akhir- akhir ini, beberapa blog yang saya ikuti telah hilang dari dunia maya. Seperti kehidupan di dunia nyata, perjalanan kehidupan di dunia maya juga tidak jauh berbeza. Dari semasa ke semasa, kita mengenali insan maya yang baru, dan pada masa yang sama ada insan maya yang lenyap dari dunia maya. Seperti juga perasaan sedih andai kehilangan rakan di dunia nyata, tak dapat dinafi terasa juga kehilangan dan terkilan bila terbaca yang rakan blogger buat entri terakhir. Bila klik untuk baca entri tu, blognya dah tak wujud. Tapi, seperti juga di dunia nyata, kehidupan perlu diteruskan dan setiap insan tak kira di dunia nyata atau maya, perlu dihormati keputusan yang mereka pilih. Bagi saya pula secara peribadi, In sya Allah setakat ini saya lebih suka mengekalkan blog yang sedia ada walau mungkin keupayaan untuk mengem