Posts

Showing posts from July, 2013

Putera- Puteri Lembah Serapi

(Ditulis untuk memenuhi hajat rakan alumni yang perlukan sajak untuk majlis berbuka puasa terakhir di  sekolah yang akan berpindah tapak baru tidak lama lagi. Akan diserahkan malam ini dan terpulang untuk diolah semula kerana pada mulanya memang tak sanggup nak buat tapi beliau masih nak jugak saya buat setakat yang mampu) Putera- Puteri Lembah Serapi Di daerah ini bertaburan mutiara kenangan di kaki gunung di tepi padang di pinggir hutan suatu waktu pernah hati ini diusik resah daerah ini terlalu asing di jiwa yang baru menjejak dunia remaja terlalu sunyi daerah ini terlalu asing tanah ini terlalu sepi jiwa ini menghitung hari untuk kembali ke dakapan mesra ayah dan bonda saat hari menganjak tahun tabah melangkah jiwa remaja mula melakar cita membina sepi menjadi menara mimpi menyusun sunyi menjadi kota inspirasi di sebalik kenakalan yang mencabar kesabaran kita bina semangat kita lakar janji teguran dan nasiha

Anak- anak Lembah Serapi

(Draf sajak untuk majlis berbuka puasa alumni demi memenuhi hajat rakan- masih ada beberapa hari lagi untuk diperbaiki sebelum diserahkan setakat yang mampu) Anak- anak Lembah Serapi Di daerah ini bertaburan mutiara kenangan di kaki gunung di tepi padang di pinggir hutan suatu waktu pernah hati ini diusik resah daerah ini terlalu asing di mata yang baru menjejak dunia remaja terlalu sunyi daerah ini terlalu asing tanah ini terlalu sepi jiwa ini menghitung hari untuk kembali ke dakapan mesra ayah dan bonda saat hari menganjak tahun tabah melangkah jiwa remaja mula melakar cita membina sepi menjadi menara mimpi menyusun sunyi menjadi kota inspirasi di sebalik kenakalan yang mencabar kesabaran kita bina semangat kita lakar janji teguran dan nasihat ayah dan bonda guru tak akan tersia hari ini daerah ini tidak lagi sunyi daerah ini tidak lagi sepi gemerlap permata menyinar ke sekitar bandar dan kota

Ramadhan Kareem

8 Ramadhan 1434 H. Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu dari Rukun Islam yang lima; Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat 5 Waktu, Berpuasa, Menunaikan Zakat dan Menunaikan Haji bagi mereka yang mampu. Empat rukun yang lain semuanya adalah perlaksanaan; mengucap, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Hanya ibadah puasa yang dilaksanakan dengan  tidak melakukan perkara-perkara tertentu. Berpuasa adalah menahan diri dari melakukan perkara- perkara tertentu yang halal dilakukan semasa bulan yang lain seperti makan, minum dan "bersama- sama" dengan pasangan suami/ isteri. Juga menahan diri dari melakukan perkara yang sia- sia. PUASA ITU MENAHAN DIRI.... oleh itu, DIDIKLAH DIRI UNTUK BERSABAR DI BULAN YANG MULIA INI....