Posts

Showing posts from August, 2012

Janji ditepati

Assalamualaikum wb... Salah satu dari sifat orang munafik ialah bila berjanji ia mungkir. Ternyata amat besar tuntutan menepati janji yang telah kita buat waima kepada sesiapa sahaja. Tetapi, kalau ada orang bagi barang dengan kita sebagai hadiah. Lepas tu tiba- tiba dia minta pulak kita buat sesuatu. Kalau kita tak buat, rasanya bukan mungkir janji kot... Sebab kita tak pernah pun janji yang kita akan penuhi apa sahaja permintaan dia kalau dia bagi kita barang tu. Lebih- lebih lagi kalau barang yang dia bagi tu bukan harta milik dia pun, cuma harta kita sendiri yang dikumpul dan diagih- agihkan semula berdasarkan keperluan semasa. Wallahua'lam...

Bersama kesusahan itu...

Assalamualaikum wb... Pada Al- Insyirah itu ada semangat yang menyengat ada tabah yang hebat saat hatinya sayu saat hatinya rindu ada suara yang memujuk dia tidak pernah ditinggalkan dalam kedukaan dalam kesedihan kerana tibanya kesusahan itu di sebaliknya ada kesenangan yang turut bertandang.

Insan Dewasa

Assalamualaikum wb... Kian jauh mengembara Hati makin kerap bertanya Soalannya sukar Perjalanannya mencabar Mungkin sekali sekala Terluka kaki terinjak duri Atau kaca dari pengembara yang leka Sabarlah Kerana kau bakal menjelma Sebagai insan yang sebetulnya Telah dewasa.

Syawal satu kemenangan

Assalamualaikum wb.... 3 Syawal 1433 H Sekurang- kurangnya 40 kali dah saya merayakan eidulfitri. Semasa kecil memang inilah saat yang paling ditunggu- tunggu. Main bunga api, makan kuih, jalan- jalan rumah jiran dan saudara mara sampai malam. Memang dunia ini ana yang punya... Bila dah remaja, momentum masih sama. Kali ni sebab ini lah satu2 nya masa boleh jumpa kawan- kawan sekolah yang telah lama berpisah. Bertukar- tukar cerita pahit dan manis. Mengulang2 cerita- cerita zaman sekolah. Manisnya kenangan. Bila dah berkeluarga, hari raya bermakna persediaan lebih tertumpu kepada persiapan raya suami dan anak- anak. Setiap tahun saya menyiapkan sendiri pakaian raya suami dan anak- anak. Dengan kekangan waktu sebagai seorang pengurus rumahtangga yang juga bekerja di luar, saya cuma mampu menyiapkan semuanya di saat- saat akhir. Kali ini, pengumuman raya merupakan saat- saat yang paling saya takuti. Takut anak bulan muncul di saat persiapan raya belum tersedia. Ngerinya....

Taqabbalallahu minna wa minkum

Assalamualaikum wb... 2 Syawal 1433h... Azam Ramadhan tahun ini, saya buat waktu permulaan Ramadhan yang lalu adalah nak mengkhatamkan Al- Qur'an. Alhamdulillah, selepas silat Asar tadi, pada 2 Syawal saya berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk saya. Bila baca doa khatam Al- Qur'an yang ada kat penghujung Al-Qur'an tu, saya rasa sebak dan sayu sangat. Ini kali pertama saya baca doa tu sendiri kerana seingat saya, inilah kali pertama saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an saya dengan pasti dari surah Al- Fatihah ke surah AnNas. Sepanjang saya membuat tilawah al-Qur'an sepanjang Ramadhan kali ni, saya rasa seperti satu perjalanan yang mengasyikkan. Saya dapat tengok macam- macam perkara secara sepintas lalu tapi tidak dapat berhenti lama untuk menikmati keindahan di setiap tempat. Bila saya mula meninggalkan suatu tempat menuju ke destinasi yang lain, saya tanam azam untuk kembali semula lain kali dan akan menginap lebih lama di sana. Sekarang

Saat Bermusafir

Saat bermusafir rasa amat hampir  dengan Pencipta ternyata kebergantungan kepada Allah lebih terserlah bila  berada di daerah asing.

Bisu dalam kata

Jemari kaku Hanya hati berbicara Siapa yang berdosa Saat renung jiwa Kian mengembara Hari ini Aku bisu Dalam berkata.