Posts

Showing posts from October, 2011

Hadiahkan kemaafan itu

Andai kata semalam kau tarah menjadi dendam selamanya hidupmu pasti resah membara di kawah jagaan syaitan usah kau lupa embun dingin di jendela saat fajar menjenguk hadiahkan padanya di dulang kemaafan dan dua hati  dulunya terasing pasti bersatu  di taman mahabbah yang berbunga harum. Latih tubi 29.10.2011 Jumaat  1 Dzulhijjah 1432 H Nota:  Dendam membara tak akan membawa kita ke mana- mana, malah akan memamah ketenangan sepanjang kehidupan.

Cerita Buih

Hakikat kehidupan tanpa pegangan adalah buih permainan anak kecil berwarna-warni bagai pelangi dicintai manusia pelbagai lapisan berterbangan di awangan tanpa pernah berpijak di bumi nyata Namun kasihan tidak pernah ia kekal selamanya ingin terbang tinggi  hanya sekadar impian kosong akan musnah walau dengan sentuhan  Selamat tinggal buih yang indah kejarlah pelangimu kerana bagiku tiada yang lebih pasti  dari cinta Illahi. Latih tubi 27/10/2011

Bila kah akan bermula?.

Debu kehidupan kian menyesakkan betapa kurindukan daerah yang aman tanpa pencemaran iman kembara ini  bila akan bermula?... Latih tubi 26/10/2011

Wadi KasihMu

Saat aku bersujud bongkah keangkuhan mula mencair mengalir sungai keinsafan lembah takwa kian menghijau taman iman mekar mengharum pelangi cinta Ilahi indah menyapa awan sedar Rabbi, terimalah aku kembali menghuni wadi KasihMu menanti saat ke negeri abadi. Latih Tubi 25/10/2011

Apa tujuan hidup ini?

Assalamualaikum wb. Saya ni kategori "addicted"  permainan online di FB.Saya mula terperangkap dengan ketagihan ni semasa saya mula- mula mengenali FB selepas kelahiran Asiah. Waktu tu saya dan suami measih lagi duduk berjauhan dan saya baru je menamatkan pengajian separuh masa saya. Jadi, saya ada amat banyak masa lapang di rumah. Asiah pulak masih amat bayi yang belum lagi banyak kerenah. Jadi bagi perut kenyang, dia akan tidur je. Saya akan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan FB sebaik sahaja saya balik dari kerja. Saya hanya akan berhenti untuk makan dan solat. Berhenti betul2 bila mata dah mengantuk. Sebut permainan apa, semua saya sertai. Mafia War, Sorority Life, Farm Town, Barn Buddy, Restaurant City, Treasure Madness, Farmville dan senarai itu akan berterusan..... Saya pulak jenis kalau dah main, tak de main alang2. Mesti nak naik level tertinggi yang ada. Sebab kalau main kebun2, makin tinggi level makin banyak benda yang best kita boleh beli. Lebih

Dah solat, kenapa masih buat dosa?...

Assalamualaikum wb... "Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" Saya setiap hari menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa saya masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar. Saya masih mengumpat. Saya masih sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah seperti bermain permainan atas talian di FB. Saya juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah terutama terhadap anak- anak sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap nasihat saya. Tapi saya yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji. Tiba- tiba benak saya berbisik, "Tidakkah kau menyedari, apakah agaknya lagi perbuatan yang lebih teruk dari itu yang mungkin kau lakukan sekiranya kau tidak menunaikan solat..." Peringatan untuk diri saya yang sering lupa, "Jangan berputus asa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa kau sedari langkah demi langkah, kau kian hampir kepadaNya..."

Rindu...

Assalamualaikum wb... Sekarang ni saya sedang rindu.,..... Saya rindu nak tulis sajak. Tapi saya sekarang ni sedang sibuk buat aktiviti kraf tangan. Jadi tak da masa nak buat persediaan untuk buat kraf tulisan. Yalah, mungkin kalau seseorang tu memang amat berbakat, tak payah buat persediaan kot. Tapi, seperti yang pernah saya catat sebelum ini, saya bukanlah menulis sajak kerana bakat (tak pasti ada ke tidak bakat tu..)... Yang pastinya saya berusaha keras untuk membolehkan saya menghasilkan penulisan yang saya anggap sebagai sajak. Salah satu dari caranya ialah kita hendaklah mencintai bahasa. Bagaimana caranya mencintai bahasa? Sentiasa memerhati keunikan bahasa dengan mencatat di buku catatan sebaik sahaja kita menemuinya. Aktiviti kegemaran saya ialah mencatat perkataan yang memilik rentak yang sama. Aktiviti ini kerap membawa saya ke daerah bahasa yang tidak saya sangka. Sebagai contoh, saya pilih satu perkataan dan akan tulisa secara santai setiap perkataan yang me

Alhamdulillah .. (Untuk yang kesekian kalinya..:)

Assalamualaikum wb.... Ingat tak pada entri terdahulu saya ada menulis mengenai Maryam dan peperiksaan yang didudukinya. Tadi saya menerima sms dari cikgu sekolahnya yang keputusan peperiksaan dah ditampal di pejabat pendidikan bahagian. Memandangkan saya memang tak dapat nak pergi tengok dan disebabkan cikgunya pun tak sabar dah nak tahu keputusan peperiksaan anak muridnya yang cengeng tu, dia dah pergi sendiri untuk tengok kat pejabat pendidikan. Sebenarnya cikgu tu pangkat anak saudara saya, tu yang dia pun beria2 nak tahu tu... :).... Sebentar kemudian (Pejabat pendidikan tu tak le jauh sangat dari  kawasan kediaman kami ), cikgu tu sms yang MAryam diterima masuk ke sekolah yang kami inginkan tu. Sebenarnya banyak sebab kenapa kami nak masukkan Maryam ke sekolah yang dimaksudkan ni. Yang penting sekali, Fatihah pun bersekolah kat situ, jadi bila kedua2 Maryam pun dapat masuk ke situ, kuranglah kesukaran yang bakal dihadapi oleh Unit Pengangkutan ke Sekolah (suami saya la tu

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wb.... Nampaknya blog saya ni dah ok/ pulih sebab saya tak nampak pun amaran cacing lagi dah. Terima kasih Mys Dear Theraphy sebab beritahu perkembangan blog saya ni. Memang sejak dari saya ambil keputusan lari membawa diri ke blog baru, saya  dah tak sanggup nak menjenguk blog ni. Rasa  sedih sangat sebab kalau blog ni hilang/ disekat terus hari tu, banyak rekod tulisan saya yang akan hilang begitu sahaja, terutama latih tubi sajak saya yang dikumpul sejak tiga tahun lalu. Tu yang buat saya cepat- cepat pindahkan semuanya ke blog baru. Kalau blog ni dah okay, mungkin saya akan kembali ke sini dan jadikan blog lalgi satu sebagai backup. Kita tengok dulu ya... :)

BLOG BARU- http://usrahfatihah2011.blogspot.com/

ASSALAMUALAIKUM WB... SETAKAT INI SAYA MASIH TAK FAHAM APA YANG DAH JADI, TAPI SAYA BERPINDAH ALAMT BLOG BERKUATKUASA SERTA MERTA

Kemaskini semasa

Image
Assalamualaikum wb... Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu. Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak  nak masuk dalam barisan. Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance. Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :) Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis. Sedapnya Black Forest... Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping. Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah... Setakat ini dulu. Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.

Ia akan tiba

Kian jauh perjalanan kehidupan kian sayup pesanan kematian hingga kita terlupa ia akan menjelma tanpa diduga tanpa bisa diteka saat dan ketika hanya kita harus bersedia menyambutnya dengan rela. Latih tubi 11/10/2011

Rezeki Jangan Ditolak

Musuh jangan dicari.... Assalamualaikum wb... Ada sapa nak bergaduh ka?.. Tak de lah... Sebenarnya saya memang betul2 sedang lapar tapi alang2 nak pegi minum. Takut nanti dah tengahari terlalu kenyang pulak untuk makan bekal. Sedang saya sibuk2 intai bekas makanan ringan kat atas meja (yang dah tinggal serdak), tiba2 seorang rakan kerja masuk bawa kotak yang ada gambar KFC. Rupa2nya dia belanja sebab kontrak perkhidmatannya disambung untuk setahun lagi. Patut lah saya tengok dia dah ke hulu ke hilir kat pejabat dua tiga hari ni. Alhamdulillah, seketul ayam memang cukup2 je untuk mengalas perut sehingga pukul satu nanti. Ke, kenyang sampai ke petang?... :) Apa2 pun, saya nak mula dah ni... Allahumma barik lana, fi ma razaktana, wa qina 'azabannar.... Ameen....

Dia datang...

Assalamualaikum wb.... Hari ini kehidupan saya kembali normal. Hampir empat bulan saya dan suami menjadi "super parents". Semenjak pembantu saya berhenti pada pertengahan bulan Julai lepas, urusan rumah tangga dikongsi bersama di antara saya dan suami. Anak2 pula dihantar sama ada ke rumah mak saya atau mak mertua (terima kasih ibu2 ku semua). Kadang kala, kalau cuti, adik ipar saya akan menjenguk ke rumah membantu mengemas mana yang patut. Dulu, sewaktu bulan Ramadhan, saya sibuk menyiapkan pakaian raya keluarga. Jadi, kebanyakan kerja rumah dibantu suami sepenuhnya. Malahan, mengemas untuk raya pun dibuat oleh suami. Di dapur pula kami bergilir. Saya buat persiapan berbuka dan suami buat persiapan sahur. Saya dah masukkan semua makanan ke dalam bekas dan suami cuma tinggal keluarkan dari peti sejuk dan panaskan dalam mikrowave. Sebaik sahaja selepas raya, suami sambung belajar separuh masa. Jadi, dia dah tak boleh tolong sangat. Kena buat tugasan kuliah dan hadiri

Cerita Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum wb... Semasa saya dalam tingkatan satu (beribu abad yang lampau), saya pernah dipilih untuk  menyertai kumpulan nasyid sempena apa entah... Layaklah tak ingat sebab dah beribu abad yang lampau ianya berlaku... Tapi, saya masih ingat lagu yang kami bawa, lagu nasyid berkaitan Palestin. Antara lirik dia; hhmm... hhmm.. testing.. testing.. one... two... one .. two... korus: "Rakyat Palestin terus di......  oleh insan yang bengis berbagai ragam tindakan kejam yahudi dan ....... mereka dibuat seperti binatang sembelihan dibunuh disakiti tanpa belas kasihan" Lagu kedua: Tak ingat.... Nampak bayang2 je, tapi lirik dia tak jelas... Sebenarnya saya nak cerita pasal seorang budak ni.. Yang sama- sama nasyid ni. Tapi dia terpilih sebagai salah seorang dari dua orang penyanyi utama. Dia ni kecik aje (masa tu lah), berkulit putih cerah, muka comel aje...Chinese look...  Sebelum tu memang saya tak pernah bertegur sapa dengan budak ni... Pada penil

Saya hairan...

Assalamualaikum wb... Saya hairan....  Apa yang saya hairankan?... Saya hairan dan pelik... Kenapa kalau saya sedang buat kerja lain terutama semasa sedang memandu, amat banyak isu yang nak saya bincangkan dalam blog...  Tapi kalau saya dah berada di depan komputer dan blog saya pulak berada pada mod "Create Post", tak ada satu pun idea yang muncul.... Arrrggghhhh.... Tak apa lah... Anggaplah saya tak tulis apa- apa pun...

Macam- macam Ado

Assalamualaikum wb.. Akhir- akhir ini saya banyak buat aktiviti "bloghopping". Membaca mana- mana entri yang menarik. Seperti juga aktiviti merayau- rayau di alam nyata, sekiranya tidak dikawal arah, aktiviti merayau- rayau di alam maya juga boleh menyebabkan kita "tersesat". Kali ini dalam saya "melompat" dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa rangkaian blog mengenai kehidupan rumahtangga. Seperti yang kita maklum, selalunya rangkaian blog mempunyai persamaan dari sudut temanya; hobi, cara hidup, Kerjaya  dan aktiviti sosial, sekadar menyebut beberapa contoh. Hobi: Kraf, Fotografi, Menulis, memasak Cara Hidup:  agama, bangsa, Kerjaya: Jualan langsung, perniagaan atas talian,  AKtiviti sosial: Pertubuhan kebajikan, Kegiatan sukarela, ibu tunggal Bila saya terjumpa rangkaian blog yang membincangkan permasalahan rumahtangga dari pelbagai sudut, banyak sangat pengajaran yang saya perolehi. Tapi, memang banyaklah juga kisah- kisah tragis dan dr

Suatu perkenalan...

Assalamualaikum wb... Pada suatu ketika, saya pernah bercita- cita untuk menjadi penulis rencana. Saya mula membeli buku yang berkaitan dengan bidang penulisan. Justeru, apabila terbaca bahawa satu bengkel penulisan kreatif dan rencana akan diadakan di bandar kecil tempat kami menetap waktu itu, saya menganggap ia satu rahmat. Saya memang amat teruja kerana bukan mudah untuk berpeluang menghadiri bengkel seperti itu yang selalunya dianjurkan di bandar- bandar besar sahaja. Namun, pada sessi pengenalan bengkel, saya mula diterjah kecewa. Memandangkan masa yang singkat ( dua hari), pihak tenaga pengajar merasakan untuk meneroka kedua2 topik (kreatif dan rencana) dalam satu bengkel adalah tidak berbaloi. Jadi, akhirnya undian angkat tangan telah dibuat untuk menentukan topik mana yang perlu diteruskan dan menggugurkan satu lagi topik yang kurang mendapat sambutan. Dalam sebuah bilik yang dihadiri oleh sekitar 30 orang peserta, hanya satu tangan sahaja yang menyokong untuk memilih

Nasi Tomato di suatu petang...

Image
Assalamualaikum wb... Baru je siap masak Nasi Tomato berlaukkan Sambal Tumis Udang Dan Ayam Goreng Salad. Maryam sedang khusyuk menikmati hidangan.

Kenapa Blogger?...

Assalamualaikum wb... Saya mula berkenalan dengan dunia Blogger pada pertengahan tahun 2008.Namun Blogger bukanlah laman sosial yang pertama dan terakhir saya sertai. Pertama, Multiply yang saya sertai sekitar tahun 2006 (rasanya), Facebook pada awal tahun 2009 dan beberapa laman sosial semasa selepas itu. Tapi bila saya mula berblogger, saya terus berhenti menggunakan Multiply. Begitu juga, bila saya mula aktif FB, aktiviti di Blogger saya turut terhenti. Laman2 yang lain seperti Friendster, MySpace dan yang terkini Twitter pula tidak begitu menarik perhatian saya. Setakat menyertai gaya semasa je. Untuk Multiply memang saya tidak lagi menjenguk tetapi Blogger saya jengah kembali pada pertengahan 2009 apabila "dijemput" Blogger Mys yang menjadi Pengikut Pertama saya. Terima kasih my dear SIL. Sehingga sekarang, saya tetap bersama Blogger untuk mencatat perjalanan kehidupan saya. Facebook pula hanya menjadi jambatan saya kepada kawan2 dan saudara mara serta sebagai  Gam

Sabar ya...

Assalamualaikum wb... Tak lama selepas raya lalu suami mula menghadiri kelas secara separuh masa. Kelas diadakan hanya pada hujung minggu dua kali sebulan. Tak macam saya dulu, kelas setiap hujung minggu selama 2 tahun. Sekurang2nya kami masih ada hujung minggu bersama 2 kali sebulan. Tak lah bosan sangat. Walaupun kelas pada hujung minggu sahaja, tapi tutorial dibuat sekali seminggu. Sebenarnya saya nak cerita apa ni?. Saya pun tak tahu nak tulis apa, tapi yang pastinya, kalau suami ada kelas hujung minggu atau tutorial malam, kami anak- beranak memang bosan sangat. Rumah rasa sunyi semacam aje. Bila saya rasa sunyi macam ni, teringat pulak masa kami duduk berasingan semasa saya kembali belajar hari tu. Bila ingat balik, saya rasa bersalah pulak nak komplen merungut lebih2. Hampir 4 tahun suami duduk sorang2 sebab saya terpaksa balik menetap di bandar yang berdekatan dengan kampus. Dah lah kedua2 tempat kami tinggal tu jauh amat di antara satu sama lain. 12 jam memandu ata