Posts

Showing posts from April, 2011

An Jing

Image
Assalamualaikum wb... Dah beberapa minggu ni saya tak dapat mengikuti saluran radio kegemaran saya (IKIMfm) semasa kerja sebab bunyi angin dalam radio tu kuat sangat. Bukan saluran IKIMfm saja yang macam ni, saluran lain yang berbahasa Melayu pun sama. Jadi, apa yang saya nak buat supaya tak rasa sunyi sangat? Sejak minggu lepas, saya dengar saluran berbahasa Mandarin.. hehe... Sebenarnya dulu2 memang saya minat nak belajar bahasa Mandarin. Ada satu zaman tu, saya pantang tengok kamus dan buku belajar bahasa mandarin, mesti saya cekup. Kena pulak saya ni memang seorang yang boleh lah dianggap selflearner (suka belajar kemahiran sendiri2 tanpa berguru). Tapi so far, belum lah lagi saya pandai berbahasa mandarin sebab segan nak cuba. Cuma bolehlah tangkap sikit bunyi dia. Jadi ceritanya, selalu saya dengar perkataan An Jing. Sebutan dia "an cing". Bukan dog ya... :) Semalam saya cuba cari dalam kamus makna dia. Hari ni saya google dalam internet. Kat bawah ialah salah satu ha

Setiap Kali Melangkah

Setiap kali melangkah mataku sering terarah pada kelopak yang merah pada awan yang resah pada sungai yang pasrah pada rumput yang tabah pada pohon yang rebah pada pasir yang indah pada ombak yang menerjah pada laut yang gundah pada camar yang melayah setiap kali aku melangkah tiada yang lebih indah dari kasihMu yang melimpah ruah. Latih tubi 18/4/2011

Gadis kecil dan mawar merah

Mawar merah di taman kelopaknya berdarah dan gadis kecil menangis jarinya luka. Latih tubi 15.04.2011 1650 pm

Dinding kaca dan merpati putih

Di sebalik dinding kaca merpati putih mengintai sinar mentari pagi adalah harapan baru dan embun dingin entah bila akan beranjak. Latih tubi 15/04/2011

Sedih ke suka?

Assalamualaikum wb. Saya sekarang sedang sedih ke suka? Situasinya: Tiba2 hari ni teringin nak merayau di pasaraya kat tingkat bawah. Lama dah tak buat kerja ni... Lagipun ingat nak beli makanan sikit untuk simpan kat laci kerja. Boleh nyam nyam kalau bosan. Lepas solat zohor, saya pun buatlah aktiviti seperti yang dirancangkan. Saya jalan2 kat bahagian pakaian kanak2... Saya jalan2 kat bahagian permainan.... Banyak yang menarik, tapi menyedari wang yang ada dalam beg duit adalah edisi terhad, saya malas nak layan. Lepas tu saya turun pulak ke bahagian peralatan tulisan. Bahagian ni memang menarik dan saya boleh tawaf 7 kali kat tempat yang sama dalam sekali lawatan. Kat situ saya sempat ambil dua batang pensel yang boleh saya guna untuk melukis. Sebatang tu 8B yang memang dah tinggal sebatang. Saya beli sebab memang belum ada lagi yang 8B. Sebatang lagi 2B yang menarik bentuk penselnya. Saya memang dah ada 2B tapi saja jer sebab nampak cantik. Lepas tu saya pegi lak kat bahagian mak

Gurindam bersyukur

Sekali melangkah usah mengalah andai tersungkur bangkit mengatur andai dihujah jawab merendah andai ditegur usah mengguntur hidup bersyukur sentiasa akur saat sukar haruslah tegar hujung hari menginsaf diri hidup selamat sentiasa berkat. 7/4/2011

Nota buat Acik

Lewat senja semalam kau ucapkan salam lama nian kau menghilang mengharung ombak kehidupan meredah hutan pengalaman merentas sungai kebahagiaan walau sentiasa menyepi tidak pernah berkirim khabar ruang di sudut kamar ini masih setia menanti saat kau kembali bercerita dan bersenda warna warni pelangi ranjau duri belukar yang kau tempohi semasa berkelana namun hari ini aku pasrah menggenggam takdir kita takkan bersua di sini kerna kau telah pergi mengadap Illahi Pemergian mu sahabat takkan kuratapi perjalanan mu baru bermula dan giliran kami di sini akan tiba suatu hari nanti. PASTI.

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

Saya baru mendapat berita sedih sebentar tadi. Kawan sekelas saya sewaktu belajar di tingkatan 4 dan 5 (1988/1989) telah kembali ke Rahmatullahi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Bagi saya Arwah memang orang yang baik, sebab tu Allah lebih sayangkan dia dan jemput dia lebih awal dari saya. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah. InsyaAllah. Al-Fatihah. Acik Masih terbayang senyum manis dan gurau sendamu saat kita sama2 menimba ilmu di bumi wakafan Acik Tenanglah Acik di sisiNya kerana Allah lebih menyayangimu dan kita akan bersua semula bila tiba masanya. Al-Fatihah.

Selamat Malam

Selamat malam wahai bulan usah kau tunggu rayuan si pungguk kerna di zaman ini setia bukan segalanya jelita juga bukan jaminannya untuk memiliki anugerah cinta Selamat malam wahai bulan usah kau meratap hiba kerna aku si pungguk harus berpijak di bumi nyata. Latih tubi 5/1/2011 12.30 am.

Di garisan itu

Di garisan itu cinta dan cita bersatu semangat dan harap berpadu bayang gelap dan kelabu bukannya kebejatan yang bertopengkan insan di sebalik ruang suram ada kelopak yang merah ada indah terserlah. Latih tubi 4/4/2011

Biarkan mata berbicara

Biarkan mata bersuara kerna ia lebih bermakna dari guruh dan gema di segala ruang Biarkan mata berbicara kerna ia bisa berbahasa dengan lebih berbisa dari racun di mulut sawa Biarkan mata berkata kerna ia adalah seribu senjata lebih bermakna lebih bersuara lebih berbicara merentas telinga menyapa jiwa. Latih tubi 3/4/2011