Posts

Showing posts from February, 2011

Di mana ada kemahuan...

Salam 18 RabiulAwwal 1432 H... Petang semalam, lepas balik kerja, telah berlangsung upacara penyerahan kopiah Syazwan yang telah siap... Alhamdulillah, seperti kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Sejarahnya, memang saya tak pernah kaitkan kopiah. Benda ni buat saya teringat cerita dolu2. Waktu kecik2 dulu, mak saya pernah belikan saya dua gulung (skein) benang kait berwarna hitam untuk buatkan dia serkup. Dan seperti biasa, saya takkan cakap saya tak pandai buat... :).. Tapi, memang saya tak reti buat pun. Waktu tu (awal 80an) dalam mimpi pun tak pernah terfikir pasal internet. Jadi, sampai la ni la mak saya tak pernah pun merasa pakai serkup yang saya buat, dan saya tak ingat apakah nasib benang hitam dua tongkol tu. Tapi seingat saya mak saya tak pernah tanya pun. Sah dia tahu yang saya tak reti buat...Saja kot bagi saya semangat untuk menyokong minat saya waktu tu. Kembali kepada cerita mengait kopiah Syazwan nih. Macamana saya nak mula buat kopiah ni

Kopiah Syazwan

Salam18 RabiulAwwal 1432 H.. Kemaskini seminggu.. Setakat ini saya masih lagi "angau" dengan minat terbaru, krosye (crochet). Semua benda saya nak cuba buat. Banyak juga benda baru mengenai kraf ni yang saya baru kenali. Kalau dulu saya cuma pernah tengok pelbagai alas dan topi yang dikait (krosye), sekarang saya baru tahu yang plush toy pun boleh dihasilkan dari kait jarum satu ni. Saya ingatkan hanya kait jarum dua (knitting) jer yang boleh buat plush toy. Plush toy dari krosye ni lebih dikenali dengan amigurumi. Tapi yang lecehnya, comel memang lah comel, tapi bila cuba buat, boleh tahan jugaklah seksanya. Saya tak berani nak cuba buat yang besar2, takut tak jadi, rugi jer. Jadi saya cuba la buat teddy bear mini (amat mini), tapi yang mini ni pun mencabar jugak tahap kesabaran saya. Kesimpulannya, takde benda yang mudah di dunia ni. Yang penting ialah kesabaran dan yakin boleh. hehe.. Seperti yang saya nyatakan pada entri terdahulu, sebarang hasil kraf saya, saya akan masu

Saya nekad...

Salam... Sebenarnya lama dah saya berada di dalam "buah delima". Saya nak buat blog baru ke atau masukkan aktiviti kraf saya dalam blog ni... Kenapa susah2 nak fikir benda nih? Sebab kalau nak buat entri kraf, selalunya kena upload banyak gambar, dan saya pulak lebih suka fokuskan entri saya di blog ni dengan catatan2 tanpa foto. Di samping nak elakkan "berat", saya cuba nak "ajar" diri saya menulis dengan jelas tanpa bantuan imej kecuali dalam jumlah yang minima. Jadi, hari ni saya nekad untuk buat blog khas untuk aktiviti kreatif saya. Sapa2 nak jenguk bilik baru kat "rumah" saya nih, sudi2 lah jenguk kat sini ya... Masih belum ada perabot lagi, tapi sebab excited punya pasal, dengan muka "selamba"nya saya buat jugak jemputan... Salam...

E-Bay

Salam 7 RabiulAwwal 1432H. Semalam saya merayau2 kat ebay. Tiba2 terjumpa satu barang nih, yang memang saya cari kat kedai tapi tak jumpa... Saya ada jugak jenguk2 kedai online tapi harganya kira boleh tahan lah jugak... Yang buat saya tak boleh tahan tu, boleh dia letak harga barang tu tak sampai 1USD. Tapi kos penghantaran dia memang mahal la berbanding harga barang; USD6.99 lak. Tapi tak cukup untuk meredakan jiwa saya sebab masih jugak jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran tempatan. Satu jer yang diragukan, iaitu kualiti barang tersebut. Memandangkan ia bukan makanan ataupun pakaian, atau permainan kanak2, saya tekad nak cuba jugak. Apa2 yang terjadi, kira harga sebuah pengalaman.. (nak pujuk hati).. Saya tengok reputasi penjual 99++%, kira boleh tahan lah jugak. Jadi, saya pun buat bidaan pada saat2 akhir. Memang sah la saya dapat. Kalau nak dikira, ni bukan kali pertama saya buat transaksi kat e-bay tapi sebelum ni saya buat dengan penjual tempatan. Jadi tak ngeri sang

Kek Coklat

Salam 4 RabiulAwwal 1432 Hijrah... Kemaskini perkembangan terkini... Sekarang saya sedang menyiapkan projek baju melayu suami untuk perarakan MaulidurRasul 15 Feb nih... Kiranya baru 40 % siap... Cuti 4 hari, pun tak leh nak siapkan... Alhamdulillah saya dah potong kain awal2 dan ironkan mana2 yang patut.. Jadi, bila nak jahit, tak lah leceh sangat... Semalam, kami sekeluarga sibuk membantu Fatihah siapkan projek Bahasa Inggerisnya... Projeknya ialah membuat model rumah dari kotak kasut... Mula2 saya yang tolong, tapi tak jalan... Bila suami saya menjenguk perkembangan projek yang dah jadi projek "sakit" tu, dia mula singsing lengan. Lokasi pun berpindah dari bilik kraf saya ke bilik tidur utama. Saya malas nak campur... Saya ambik peluang main game cari2 barang kat pc antik kat bilik kraf... Cuma anak2 yang keluar masuk mintak kertas, gam, gunting, pisau dan entah hapa2 lagi.... Bila saya masuk bilik nak solat Asar, saya tengok bilik dah macam tongkang pecah... Tapi.. Boleh

S and R

Salam 27 Safar 1432 H... Dah masuk Februari 2011 rupanya... Lembap betul kadar penghasilan entri saya tahun 2011 nih... Nampaknya kena usaha lebih lagi sebelum blog saya ni terjerumus dimasukkan dalam statistik blog yang pupus.... S and R... Apa tu?... Stimulate and Respond... vs S T R... Stimulate Think Respond.. Ni cerita Segmen Motivasi PAgi di Radio IKIM pagi ni... Kata penceramah tu, sama seperti kita boleh memilih untuk bahagia, kita juga berupaya untuk menghindari derita... Kenapa begini?... Sebab kita adalah manusia dan bukan haiwan... Haiwan mengapplikasi konsep S and R di mana ia hanya berupaya untuk bertindak balas terhadap setiap rangsangan yang diterima... Bagaimana pula dengan manusia?.. Kita manusia pula dianugerah Allah dengan pelbagai kelebihan sesuai dengan status kita sebagai sebaik2 makhluk ciptaanNya... Manusia berfungsi melalui konsep S T R dengan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindakbalas dengan setiap rangsangan yang diterima.. Maksudnya, kita tidak semesti