Posts

Showing posts from January, 2011

Bilik Operasi

Salam 13 Safar 1432 Hijrah. Semalam saya ambik cuti kecemasan sebab Maryam demam. Fatihah pun batuk2 tapi masih boleh turun sekolah. Maryam pulak saya dengar teruk bunyi batuknya dan badan pun panas. Asiah pun selsema. Nampak gayanya serumah kurang sihat. Sampai abahnya sekali nampak moyok je sebab tak sedap badan. Waktu awal pagi tu, saya tak dapat buat apa2 sebab kalau bergerak sikit, Asiah dan Maryam dah merengek. Bila mentari dah tinggi sikit, Asiah pun dah nyenyak tidur, saya mula cari2 benda nak buat. Saya teringat dengan bilik kosong sebelah bilik anak2 (berkongsi bilik air). Lama dah saya sasarkan bilik tu untuk jadi bilik jahitan saya. Tapi belum terlaksana sebab bilik tu masih berselerak semenjak saya berpindah masuk mula2 dulu. Di antara penghuni2 nya ialah; komputer lama dan mejanya yang gedabak, basikal bersenam pencen, meja belajar cum rak penyewa lama, meja solek kecil penyewa lama dan pelbagai benda alah kain2 jahitan saya. Saya pulak lebih senang menjahit kat ruang kec

Alasan seterusnya...

Salam 5 Safar... Semalam hari lahir saya dan suami mengikut bulan Islam... Baru pagi tadi saya perasan... (Selingan sebentar)... Minggu lepas saya dah rancang nak buat seluar sekolah Fatihah... Tetapi..... Tiba2 petang Khamis, salah seorang adik saya call suruh datang rumah sebab dia ada nak mintak pandangan sikit.. Hehe.. macam bagus jer... Sebenarnya, kalau adik saya yang sorang ni, saya ni kira infoline dia ... Sampaikan kalau nak tahu lokasi bangunan2 perniagaan kat Kuching ni, dia akan call saya... atau dia sms je... Macam le saya ni tau semua benda...Tapi, macam betul pulak, mostly yang dia tanya tu, memang saya tahu jawapan dia... Eh eh.. lain pulak ceritanya... Sebenarnya bukan saya nak cerita pasal jawatan separuh masa saya sebagai helpdesk officer tu... Tapi, cerita yang timbul semasa saya nak balik dari rumah adik saya tu... Adik saya tanya hujung minggu tu, saya dan keluarga ada plan tak?... Memang kami tak de buat plan apa2 sebab nak stay kat rumah dah selesaikan mana2 ur

Finally...

Salam 1 Safar 1432H. Sekadar berkongsi, saya dan suami berkongsi tarikh lahir dalam kalendar Islam pada bulan ini. Adakah ia takdir atau sekadar kebetulan?... Kwang3X... :) Sebenarnya saya bukan nak menulis pasal tarikh lahir saya atau bagai mana saya berkenalan dengan suami.... Better move on to the main topic or else saya akan mula mengarang cerita yang lebih hikayat dari hikayat Melayu... :) Kenapa saya kata finally?... Finally saya menulis mengenai perkara yang mengekang jari saya dari mencoret akhir2 ini... Saya sebenarnya "makan hati" sebab belum dapat merealisasikan "kegilaan" (sekadar mencilok dari ungkapan Mysdear ) saya terbaru. Seperti orang ketagihan yang disekat dari ketagihannya, dia tak akan dapat buat kerja lain selain dari hanyut dalam mengingati barang yang ditagihnya, begitu juga saya... Haah?... Saya ketagih apa ya?... Kira tahap bahaya tu kalau dah sampai tahap ketagih... Memang bahaya.... Saya kalau dah teringin nak buat sesuatu mesti dan2 tu