Posts

Showing posts from December, 2010

Back to School...

Salam 21 Muharram 1432H... Kembali mencoret... Kenapa senyap?... Sibuk?... Malas?... Andai ada yang bertanya (kalau ada), saya sendiri tak leh nak jawap... Setiap hari saya menjenguk blog dan menjenguk kemaskini rakan2... tapi jemari berat sangat nak menekan papan kekunci untuk menaip sebarang entri atau komen... Sebenarnya pelbagai persoalan menerjah benak saya setiap kali saya nak menulis entri... Apa sebenarnya tujuan saya menulis blog? Kalau nak berceramah, saya bukanlan orangnya kerana terlalu (dalam erti kata sebenar) banyak kelemahan yang menghuni diri saya... Kalau setakat nak mencoret sebagai bukti saya masih di sini, adakah ia membawa sebarang makna?... Oklah.. Enough for the slot Drama Minggu Ini... hehe.. Saya menulis kerana ingin mencatat pengalaman kehidupan saya untuk saya muhasabah (Quality Improvement) dengan harapan sekiranya ada yang membaca, akan menambah nilai kepada kehidupan mereka walau hanya secebis kebaikannya.. Kembali ke dunia nyata... "Bila nak potong

Kempen mencintai Masjid

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah... Sekembali dari bermusafir masih belum berkesempatan untuk memblog mengenai kembara tersebut... Secara ringkasnya memang seronok walaupun letih yang amat2... Banyak juga belajar dan muhasabah bagi kami suami isteri... Entri kali ini sekadar ingin mengingati diri untuk menanam semangat dan niat untuk mencintai dan mendekati masjid... Jangan setakat menunggu kelapangan untuk mendekati masjid tetapi cuba cari dan peruntukkan masa yang khas untuk mendekati dan memesrakan diri dengan masjid... Semoga diberi kekuatan... Insya'Allah...

Siri Bermusafir: Shah Alam

Salam musafir... Alhamdulillah akhirnya saya berpeluang mengemaskini catatan siri bermusafir saya... Insya'Allah saya akan mengemaskini status terkini dan yang tertinggal akan saya catatkan kemudian sekiranya berkesempatan... (selalunya kalau tangguh yang terkini, ada keberangkalian akan tertinggal terus) Sekarang kami sekeluarga sudah selamat tiba di rumah abang dan keluarga di Shah Alam aka rumah blogger Mys ... Kebanyakan followers kami sama, jadi mesti ada kawan2 yang kenal beliau... Terima kasih my sister-in-law... Di atas layanan anda sekeluarga.. letih semalam ya, sesat waktu nak jemput kami kat Bukit Jalil.. hehe... semoga diberkati Allah.. :) Nanti citer panjang lagi... Tapi secara ringkas, setakat ini musafir kami Alhamdulillah berjalan amat lancar.... Jumpa lagi.. Salam...