Posts

Showing posts from April, 2009

pelangi bahagia...

Image
Titisan air mata  di pipi gebumu kesatkan ia  kerna detik semalam  telah lama berkelana nun di ufuk timur tidakkah kau lihat segaris cahaya kuning yang bakal menjingga menyelaputi pohon angsana dan  daerah hatimu akan ceria bersama warna-warni pelangi yang menjanjikan esok yang bahagia... =latih tubi 0130 am 30.04.09=

Mega Nisaa

Image
Setelah berhempas-pulas beberapa hari, akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan novel yang "amat" tebal ini. Sebenarnya novel Mega Nisaa hasil karya Azmah Nordin terbitan DBP tahun 2005 ini telah lama saya beli namun belum berkesempatan untuk membacanya. Di antara sebabnya adalah kesibukan aktiviti harian dan mungkin juga kerana ketebalannya yang pada jangkaan saya  hacita2 untuk menikmati tulisannya suatu hari nanti bila saya mempunyai kelapangan. Lantas pada masa yang terluang sekarang ini saya pergunakan sebaiknya untuk menikmati novel ini. Walaupun tulisannya sedikit berat pada pendapat saya namun saya tetap menghargai penulisannya yang sarat dengan penggunaan kata yang indah dan pelbagai. Secara ringkasnya novel ini mengangkat isu  feminisme sebagai temanya. Ia dikupas melalui perjuangan watak-watak utamanya untuk menghapuskan eksploitasi wanita dan kanak-kanak dalam industri pengiklanan.  Antagonis novel ini pula adalah golongan lelaki yang terlibat di dalam industr

anakku...

Image
                   Gelak tawamu                 bunga mekar harum                   di taman hati                      sendu tangismu                  sapa mesra berlagu                     di lembah jiwa                      maka anakku          andai sekali sekala aku terleka              maafkan aku ibumu              yang mungkin alpa... -latih tubi 1636 pm 28.04.09-

Asiah- Hari yang ke-30

Image
Semalam Asiah puteri saya genap berusia 30  hari. Alhamdulillah dia menjalani hari-hari awalnya dengan lancar. Cuma kulitnya masih sedikit kuning. Insya'Allah pada hari Khamis nanti dia akan menjalani  ujian darah semoga kuningnya akan berkurangan di bawah 10.  Setakat ini saya masih lagi berehat-rehat di rumah mengisi masa terluang dengan membaca di selang-selang meladeni kehendak Asiah. Laporan projek akhir kuliah telah dihantar ke pihak Uni tetapi tarikh pembentangan masih lagi berubah-ubah. Tarikh paling terkini adalah 16 April setelah mengalami perub ahan dua kali. Selesainya pembentangan menandakan pengajian saya telah selesai sepenuhnya selepas berhempas pulas selama lebih dua tahun (semenjak januari 2007). Tamatnya pembentangan juga bererti saya telah benar-benar merdeka setelah dua tahun cuti hujung minggu saya dikorbankan.  Sekali-sekali saya juga mengasah minda kreatif saya dengan mencuba untuk menghasilkan sajak (entahl ah sama ada is boleh dipanggil sajak... :).  Semal

tikar harapan

dalam kasmaran kau tuangkan deritamu ke cawan sepiku menagih secarik simpati untuk kau selubungkan kedinginan silam yang merusuh  kian dalam kian suram di kaki malam lantas kuhamparkan tikar harapan yang kusam moga saki baki deritamu bisa menemu  alas bahagia... -latih tubi 1205 28.04.09-

Diri yang mati...

Dalam degup yang ramah kau menegur mentari merah yang bergetar resah di gemersik awan gelisah} citra kedua2 baris nampak sedikit tersasar berbanding  menelusuri sungai pasrah} dengan baris2 lain, dicadangkan dikaji semula hanya berserah kian engkau bersembunyi kian dirimu terserlah menyapa sunyi menguak lelah akhirnya kau diam menyepi memerhati diri yang kian mati.... (Latih tubi 11.30 pm 27.04.09)

gemerlap permata

Di dasarmu  gemerlap permata yang setia menanti untuk ditemui bakal menyinar  degup jiwa pencinta yang tekun mencari cahaya di kemuncak jaya... *latih tubi 1015 pm 21.04.09

The Garden PArty and Other Stories

Image
Semalam saya telah menamatkan bacaan koleksi cerpen bahasa Inggeris bertajuk The Garden Party and Other Stories karya Katherine Mansfield terbitan Oxford University Press tahun 2000. Buku ini merupakan salah satu bahan bacaan yang dipinjam oleh Fatihah dari PUSTAKA. Terdapat  9 buah cerpen menarik yang dikumpulkan dalam koleksi cerpen ini dan pada pandangan saya cerpen yang paling menarik ialah cerpen pertama yang bertajuk Feuille d'Album.  Cerpen tersebut mengisahkan seorang pelukis muda Ian French yang suka menyendiri sehingga dianggap misteri oleh masyarakat di sekelilingnya. Biarpun ramai wanita yang berusaha untuk mendekatinya namun tidak seorang pun yang berjaya menarik perhatiannya.  Keadaan ini akhirnya berubah apabila Ian tiba-tiba tertarik dengan seorang gadis yang mendiami rumah berhampiran dengan tempat tinggal tanpa gadis tersebut menyedari kewujudannya. Ian boleh dianggap sebagai jatuh cinta pandang pertama walaupun tidak mengetahui nama gadis tersebut. Pada pandangan

Asiah- Hari ke 25.

Image
Hari ini Asiah menjalani ujian darah yang kesekian kalinya kerana jaundice. Saya berasa sedikit kecewa kerana bacaannya naik semula kepada 11.2 selepas pada aras 10.9 pada ujian Jumaat lepas.  Disebabkan usia puteri kecil saya ini telah melepasi 20 hari, bacaan 10 ke atas dikategorikan sebagai prolonged jaundice yang memerlukan darah dan air kencingnya di ambil untuk pengesanan lanjut sebab jaundice nya terlalu lama.  Hati saya bagai diruntun apabila Asiah menangis kuat semasa pihak hospital mengeluarkan darah dari tangannya yang kecil. Ternyata jumlah darah yang diambil tidak banyak tetapi mungkin kerana tangannya yang kecil usaha itu saya rasa mengambil masa yang lama (walaupun pada hakikatnya hanya beberapa minit). Keputusan lanjut akan diketahui dalam masa dua minggu.  Pada masa yang sama saya dibekalkan dengan peralatan untuk mengambil kencing Asiah untuk pemeriksaan lanjut. Ia merupakan plastik kecil yang berlubang yang bertindak sebagai alat menampung kencing  yang kemudiannya a

engkau marah?...

engkau marah? saat api yang merah menelan kesabaran  di dasar hati akhirnya  kau terima hakikat bahawa kau jua insan biasa yang punya hati  dan rasa... (latih tubi 8.30 pm 20.04.09)

Irama fikir...

Tiba-tiba jari menari rentak resah di atas pentas keengganan yang kau dirikan dari kerancuan irama fikir berselang-seli dengan tiupan seruling semangat terbit dari deru angin dingin di perbukitan diri... (latih tubi 8.10 mlm 20 April 2009) Setelah sekian lama berehat dari menulis sajak, saya mula dihimpit keresahan. Kenapa harus resah?... Ya, saya resah kerana merasakan dunia yang penuh irama dan misteri itu semakin jauh dari diri saya. Saya rasa amat sukar untuk meluahkan rasa melalui bait-bait bicara yang penuh makna itu... Bukanlah saya ingin mengatakan bahawa sebelum ini saya seorang yang mahir, namun sekurang-kurangnya saya telah menulis dua tiga bahan yang saya boleh anggap sebagai sajak... Itupun setelah saya mencuba berkali-kali ...  AKhir-akhir ini saya mula ingin untuk mencuba semula dan saya menyedari bahawa tidak semudah itu untuk kembali menulis apabila kita telah meninggalkan amalan dan latihan yang dibiasakan sebelum itu... Justeru saya mendapat pengajarannya... Untuk me

Projek Seterusnya...

Image
Sekarang saya sedang membaca buku bertajuk Penulisan: Cetusan Fikiran yang diterjemahkan dari buku hasil tulisan Susan R. Horton terbitan DBP pada tahun 1993. Nampak macam menarik tapi tunggu sehingga saya menamatkan pembacaan saya. Saya akan kongsi ulasan saya di sini... Tunggu...

Di Kaki Mimbar

Image
Malam kelmarin saya telah mula mengisi masa lapang saya dengan membaca antologi cerpen Zaharah Nawawi. Malam semalam pula saya menamatkan antologi cerpen terbaru Ghazali Lateh yang bertajuk Di Kaki Mimbar terbitan Cerdik Publications Sdn Bhd pada tahun 2007.  Berdasarkan perbandingan kedua-dua buku tersebut, saya lebih menikmati pembacaan hasil karya Ghazali Lateh. Hal ini mungkin kerana gaya penulisannya yang lebih santai berbanding dengan gaya Zaharah Nawawi yang saya rasa lebih berat dan memerlukan usaha lebih untuk memahami mesej  yang ingin disampaikan melalui penulisannya. Kumpulan cerpen Di Kaki Mimbar mengandungi 20 cerpen yang menyentuh pelbagai sudut masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Dari segi tema, Ghazali Lateh berjaya menarik minat saya untuk menelusuri penceritaannya. Sebagai contoh, cerpen Di Kaki Mimbar sendiri membincangkan kehendak seorang bapa ke atas anaknya untuk menjadi seorang Imam manakala cerpen Mama, Papa dan Bunga Plastik pula m

Jiwa Merdeka

Image
Saya pun tak pasti sama ada tajuk catatan ini relevan dengan catatan saya. :)... Sebenarnya saya sedang melalui hari2 akhir pembelajaran saya... Isnin hadapan merupakan hari penyerahan laporan projek akhir kepada pada pihak Uni. Pembentangan pula akan diadakan pada 9 Mei depan. Jadi, sebaik sahaja laporan dihantar, boleh dianggap dah murdika 99%... MURDIKA... Jadi sekarang boleh lah saya membuat perancangan untuk pelbagai perkara yang telah ditangguh sepanjang dua tahun kebelakangan ini... Pertamanya, malam ni saya nak buang habuk kat pelbagai novel koleksi saya... Buku pertama yang telah terpilih untuk dibaca malam ni sambil jaga baby ialah Kumpulan Cerpen Zaharah Nawawi bertajuk Wangian Bukit Peranginan Terbitan DBP tahun 2001... Buku ni saya perolehi semasa Jualan Buku DBP 2008 yang lepas... Malam ni saya nak menikmati pelbagai cerita yang terdapat di dalamnya manakala perancangan-perancangan mega yang lain akan dilaksanakan selepas tempoh berpantang saya tamat awal bulan Mei nanti.

Asiah- Hari keempat belas.

Hari ini Asiah Nur Annisaa telah berusia 14 hari. Alhamdulillah, Asiah tidak banyak karenah. Cuma "kuning" yang dikesan semasa Asiah berusia 4 hari masih belum banyak turunnya. Pertama kali dikesan bacaannya adalah 8. Dua hari kemudian ia naik kepada 12.2. Doktor menasihatkan Asiah diberikan susu ibu sepenuhnya. 2 hari seterusnya bacaannya kuningnya turun kepada 11.7. Asiah anak dara saya ni. kalau dah tidur, sukar untuk dikejutkan untk menyusu. Justeru bacaan seterusnya kembali menaik kepada 12 semula. Perkara ini saya maklumkan kepada Doktor dan dinasihatkan untuk memastikan Asiah menyusu sekerap yang mungkin. Pagi tadi Alhamdulillah bacaan menurun kepada 11.5. SEkarang saya lebih prihatin untuk memastikan Asiah menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Semoga kuning Asiah akan turun dengan segera, Insya'Allah. Nampaknya sekarang saya perlu mengejutkan Asiah. Dia pun dah mula merengek. Salam...

Catatan tertangguh

(Catatan ini dibuat sebelum melahirkan anak ketiga tetapi tidak dapat diupload kerana masalah talian- waktu tu menggunakan perkhidmatan celcom, sekarang belayar dengan streamix mobility) Setelah sekian lama menyepi diri hati saya tergerak untuk menulis lagi. Kali terakhir saya mengemaskini blog adalah kira-kira 6 bulan yang lalu, Ogos 2008. Pelbagai sebab yang mendorong saya untuk bercuti sebentar dari menulis. Pertama sekali, saya telah kembali meneruskan pengajian separuh masa saya. Kesibukan menyiapkan tugasan kuliah di samping kerja rasmi menghalang saya dari menjenguk blog. Tambahan pula saat itu saya telah disahkan akan menerima kedatangan "orang baru" yang ketiga. Tiba- tiba saya hilang minat untuk melakukan kebanyakan perkara yang saya sukai termasuklah aktiviti menulis. Saya bukan sahaja tidak mengemaskini blog ini malahan semua laman maya yang saya sertai. Saya juga hilang minat untuk menghasilkan sajak. Tugasan kuliah pun disiapkan semata-mata kerana telah di

Siri Susu Ibu Ekslusif

Image
http: //www.susuibu.com Link yang memberi banyak maklumat mengenai penyusuan ibu secara ekslusif... Saya terjumpa link ni semasa membuat carian untuk mengetahui maklumat mengenai tempoh simpanan susu ibu. Berdasarkan pemahaman saya selepas membaca maklumat di situ, susu yang disimpan di bahagian bawah peti sejuk boleh tahan selama 24 - 72 jam manakala yang dibekukan boleh tahan sehingga 3 bulan. Tempoh ini pula banyak bergantung kepada cara mensteril bekas susu dan jenis peti sejuk yang digunakan. Sebagai contoh, peti sejuk dua pintu lebih menjamin ketahanan susu tersebut berbanding yang berpintu satu sahaja kerana bahagian beku peti sejuk dua pintu jarang dibuka berbanding dengan peti sejuk satu pintu. Kepada ibu-ibu bekerja yang merancang untuk menyusukan anak secara ekslusif selama yang mampu sehingga bayi berumur dua tahun bolehlah mengatur perancangan secara teratur bermula dari dalam pantang lagi. Sepanjang masa pantang, berusahalah untuk menyediakan stok susu da

cadangan kain raya tahun ini

Image

Puteri Sulung yang solehah...

Image
Puteri sulung kami ini bernama Syarifah Fatihah Humairaa. Dilahirkan pada 14 November 2002, Fatihah tahun ini berada di dalam Tahun Satu Saidatina Fathimah. Walaupun belum mencapai usia tujuh tahun, Fatihah telahpun lancar membaca Al-Qur'an dan menunaikan solat lima waktu secara bersendirian. Sebagai anak yang sulung, Fatihah dimasyhurkan bersempena surah pertama di dalam Al-Qur'an. Humairaa pula adalah bersempena nama gelaran yang diberikan oleh Rasululullah kepada Saiditina Aisyah. Semoga Fatihah Humairaa akan menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya dan menjadi insan yang bijaksana, INsya'Allah.

Puteri tengah yang bertuah...

Image
Syarifah Maryam Insyirah merupakan puteri kedua kami. Bakal berusia 4 tahun 15 Julai depan, dia semakin petah dan ceria. Walaupun sudah lebih 3 bulan menjejaki alam persekolahan, sampai hari ini Maryam masih lagi menitiskan air mata setiap kali hendak turun ke sekolah. Puteri kedua kami ini dimasyhurkan sempena nama Siti Maryam ibu kepada Nabi Isa (a.s) yang sabar dalam menempuh pelbagai ujian dari Allah. Pada masa yang sama, Maryam dan Insyirah juga merupakan dua surah di dalam Al-Qur'an. Semoga Maryam Insyirah akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan, Insya'Allah.

Selamat datang puteriku...

Image
Hari ini genap 6 hari usia Syarifah Asiah Nur Annisaa. Tangisan pertamanya menyapa mama dan abah tepat pukul 7.53 pagi Jumaat, 27 Mac 2009. Puteri ketiga kami ini dimasyhurkan sempena nama Asiah permaisuri Mesir yang amat berani dan tegas hatta berhadapan dengan Raja Fir'aun yang zalim. Nur Annisaa pula adalah bersempena nama surah di dalam Al Qur'an yang memuliakan golongan wanita. Semoga Asiah Nur Annisaa akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang menjadi kebanggaan mama dan abah, Insya'Allah... Walau Sekadar Nama Asiah Nur Annisa salammu kusambut moga cekalmu sekukuh wanita syurga menaungi bayi Musa dari kezaliman dunia Muhammad Dhuha walau masih terlalu asing ku panggilmu cahaya pagi yang memancarkan rezeki pada mereka yang mencari Walau kalian hadir hanya sekadar nama kutunggu tibamu bersama doa... (Karya pemblog sendiri dipetik dari laman Kapasitor) 2008-08-14 14:30:18